Friday, December 30, 2011

URAP KACANG BOTOL DAN TAUGEE



URAP ni permintaan adik CT..acu, diela teringin nak makan....so CT pun buatla tuk die...dalam resepi ni CT x masukkan belacan sbb adik CT x leh makan belacan alergik....kalo x alamat garula hidung tu x berhenti...cara nak buat die mudah...kalo rasa baru lepas balik keje tu penat bolehla try buat urap.Jom kiter terjah ke bawah ni....

URAP KACANG BOTOL + TAUGEE

Bahan-bahan:-
  • 5-6 batang kacang botol di potong kecil
  • Tauge dalam rm0.30 ~ di celur seketika
  • Kelapa parut
  • 4-5 biji cili padi **
  • 1 ulas bawang merah **
  • 1-2 biji limau kasturi ~ ambil perahan
  • Sedikit garam + gula




Cara-cara:-

Bahan-bahan yang bertanda ** di tumbuk kemudian gaulkan bersama kelapa parut , campur kan semua bahan2 dan gaul hingga rata.Imbangi rasa masam,masin dan juga manis yer.


Thursday, December 29, 2011

APAM MEKAR


APAM MERKAH/MEKAR...

Sumber: Kak Zuriani Alias (FB)


bahan2

200 gm gula castor
2 biji telur
1 sudu teh ovellete
1 tsp esen vanilla

250 gm tepung gandum
1 cawan aiskrim soda




cara-cara

1. putar telur,gula dan ovellet hingge kembang dan berkrim
2 masukkan esen vanilla.
3.masukkan tepung berselang seli dengan aiskrimsoda.
4. bahagikan kepade beberape bahagian
5. letak pewarne dan paste yang di sukai
6.kukus selame 7 minit


BUTTER KEK



Salam di tengahari...igt kan masih pagi lagi sbb cuaca dalam office ni dingin jerk...mana x dingin sejuk dengan air-cond hehehhehe....JOm layan2 di blog CT hari ni...CT sharekan resepi butter...NI CT buat order tuk kawan CT..rasa die mmg sedap.Dah 2 kali kawan CT order.




Kek butter ni permintaan Kak Abby ....diela customer pertama yang order kek butter dengan CT...alhamdulillah beliau sangat menyukainyer...Jadi CT skodengla resepi...akhirnyer CT buat kek butter gunakan resepi IT'S MY LIFE...thnks dear sharekan resepi yang sngat sedap.



Sumber: It's My Life

resepi butter cake:

250g pure butter (SCS)
250g tepung naik sendiri
200g gula kastor(boleh kurang kan lagi kalau tak suka manis)
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

cara2:

*sebelum buat kek..pastikan oven dipanaskan dulu 20 atau 30 min sebelum buat kek.

1.pukul butter+gula sampai kembang,gebu n jadi warna putih
(low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
2. pastu tambah telur sebiji demi sebiji di selang seli dgn tepung sampai habis.
3. pastu masukkan susu segar.pukul lagi sampai sebati.
4. masukkan dalam loyang...bakar suhu 180 selama 40 minit.

BUTTER CAKE ORDER DARI ABBY


HAPPY BIRTHDAY BABY NEIL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
HAPPY BIRTHDAY KAK ABBY...
HAPPY BIRTHDAY TO U KAK.


SALAM di malam hari.......malam2 update blog yerk, x perla esok boleh relax sikit.Alhadulillah order last minute dari kawan lama CT..THNKS kak Abby sbb sudi order kek butter buat kali ke-2....Minat sungguh die dengan BUTTER KEK ni.Masa kali pertama dia order ketika raya haji, Kek butter + Cis tart tuk di bawa pulang ke JB.Sejuk mendengar dari mulut Kak Abby sendiri, katanyer sedap..begitu juga pujian dari bonda beliau...insyallah kalo x der aral katernyer nak order lagi tuk di bawa kepada bonda beliau.

Order kali ni sempena Birthday Kak Abby...CT doakan moga di panjangkan usia,di Murahkan rezeki, sentiasa bahagia di samping orang tersayang...AMIN.




Sedang tgk TV malam semala tiba2 Kak Abby call kater nk kek butter esok malam...alahaiiiii Kak order tgh2 malam....nasib baik GREENWAY bukak lagi dptla CT beli butter n susu segar...kalo x alamat hari ni la baru CT buat....pasti kelam kabut sbnyer CT ni bekerja di siang hari tu kene prepare awal2.Alhamdulillah allah permudahkan segalanyer...tapi CT kene banyak belajar lagi nak deko2 ni...





Order: Kek Butter
** Delivery on: 28/12/2011 ( Wednesday)

Wednesday, December 28, 2011

UDANG + AYAM SAMBAL PETAI



Ini lauk CT masak untuk makan malam tadi...x der idea nak masak apa....nak masak kerutuk ayam...x der plak santan dekat dapo.....nak pegi kedai malas, igt nk masak kerutuk ayam dari resepi kak ummi...tapi perap dulula yer resepinyer...tgu stock dah cukup baru boleh kiter buat..

Jadi malam tadi main campak jerk bahan2nyer.JOmla tgk resepi kat bawah ni yerk...

UDANG + AYAM SAMBAL PETAI

Bahan-bahan HERO: UDANG, AYAM( ayam boleh di goreng sebentar) dan PETAI
** Petai di buang kulit / x buang pun  x pe..

a) 1 ulas bawang besar ** ( letak banyak lagi sedap manis)
b) 2 ulas bawang putih **
c) 1 biji Cili Besar**
d) 20 biji cili padi** ( Kalau agak pedas kurangkan kuantiti cili padi)
e) Belacan (ct boh lebih kurang dlm 1/2 SB)**
f) Air Asam Jawa
h) 1 biji buah tomato di  pottong kecil
g) Bahan perasa (garam + gula)

Bahan-bahan bertanda ** di mesin halus.

Cara-cara:-

a) Tumiskan bahan yang di mesin halus tadi..tunggu hingga garing
b) Masukkan Isi ayam...tgu hingga ayam agak masak.
c) Kemudian Masukkan garam dan juga gula...tahap kemasinan dan juga manis adalah pilihan anda
d) Masukkan perahan air asam jawa.
e) Masukkan udang
f) Masukkan Petai dan juga buah tomato.
g) Tgu hingga kuah agak pekat dah boleh la di hidangkan.

** OPTION**
Kalo agak nak berkuah tambahla sedikit air yer.




SAMOSA INTI KELEDEK



 SAMOSA INTI KELEDEK

Bahan-bahan yang CT gunakan untuk kulit hanya menggunakan kulit popia yang ready made aje..cara2 lipatan die CT mintak maaf sebab x tunjuk pulak di sini.Insyallah 1 day CT tunjukkan yer kalo berkesempatan membuatnyer lagi.

Kalau nak tgk resepi Inti keledek boleh click SINI yer sbb CT guna lebihan inti karipap yang CT buat tempoh hari.Jadi x membazirla inti keledek tu...lagipun membazir itu amalan syaitan.Jadi lebih baik kiter gunakan apa yang ada..berjimat sedikit.


Terima kasih kepada kekanda CT sbb telah menunjukkan cara lipatan SAMOSA ini....sbb tu npk kemas dan cantik...ewaaahhh puji pulak....x derla CT pernah buat masa dulu...tpi hurmmm hampess kalo goreng jadi pecah2 sbb cara lipatan x betul.Itulah orang kata apa yang telah berlaku jadikan pengajaran dan kiter belajar dari kesilapan yang pernah kiter lakukan..BETUL X??




Tuesday, December 27, 2011

POPIA GORENG

 

 
Salam sayang dari CT untuk semua, wah dekat2 lunch CT tayangkan popia goreng ni yer...lahai lapar plak perut CT. Popia goreng ni bolehla di buat untuk "TEA TIME" petang ni yer kawan2.Kebetulan kakak2 CT ada bertandang ke rumah CT, CT sediakan popia goreng tuk kami sekeluarga untuk menikmati popia goreng ni.Terima kasih pada my sis..along, angah + adik sbb ringan tulang.Kalo dah berkumpul 4 beradik mmg x berganjak ke ruang tamu..mmg port kt dapurla..x berhenti sediakan juadah n bersihkan keadaan dapur yang berselerak.LOVE MY FAMILY.




Okey jom kiter tgk bahan2 untuk buat popia goreng ni plak yer.

Bahan-bahan:-
  • Kulit Popia 1 bungkus
  • 1 biji Sengkuang ~ di parut
  • 1 biji carrot ~ di parut
  • Sedikit daun sup + bawang ~ di hiris
  • ** Semua bahan di campur bersama sedikit garam kecuali kulit popia
  • Sedikit telor/ bancuhan tepung bersama air untuk di jadikan bahan pelekat.(CT guna tepung gandum)

Cara-cara:-
  • Setelah bahan2 sayur di campur, ambik sehelai kulit popia kemudian bolehla di letakkan di atas kulit popia dan gulung.
  • Gunakan bahan pelekat untuk melekatkan gulungan popia tersebut.
  • Bolehla di goreng.








Terima kasih kepada jiran CT ,Cik Liza a.k.a Norliza Rahim sbb dgn resepi beliau CT dapat buat topping tuk popia goreng ni.Terima kasih dear, teringat tahun lepas 2010 bulan ramadan kami sllu bertukar2 pinggan tuk juadah berbuka puasa.Sedap popia goreng c.liza, terbayang hingga kini keenakan popia beliau.Jadi CT lepaskan kerinduan nak makan popia c.liza CT mintak resepi tuk topping popia tersebut.Kalo ada tertinggal bahan tu maaf yer c.liza...ni pun main igt2 lupa jerk bahan2 die.Tapi rasanyer mmg SEDAP.Jom kiter pic2 yang telah CT snap.





TOPPING untuk popia goreng

Bahan-bahan:-
  • 2 ulas bawang putih di ketuk dan di racik halus
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3-4 sudu besar cili sos
  • 2 sudu gula merah
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit garam
Cara-cara:-
  • Tumiskan bawang putih hingga kekuningan
  • Masukkan cili kisar,tgu hingga garing
  • Masukkan Cili sos,kicap..kacau hingga rata
  • Masukkan Gula merah dan kicap
  • Masukkan sedikit garam
NOTE: Letakkan kacang tanah dan juga bawang goreng lagi sedap tau!!!
** Kacang tanah di goreng tanpa minyak (sangai) hingga garing...buangkan kulit dan di kisar kasar (CT tumbuk guna lesung batu jerk)


Monday, December 26, 2011

KEK CHIFFON


25/11/2011 Kek Permintaan Kak Ngah CT untuk celebrate Birthday Little Princess nyer IRA NATALIA yang berumur 1 tahun.THANKS Kak Ngah...Kata Kak Ngah CT die nak kek macam kek karamel tapi karamelnyer x nak...so CT just follow resepi Kak Munira Baharum...mmg kek karamel popular di kalangan kawan2 FB CT.TERIMA KASIH Kak Munira sbb Share kan resepi di ruangan KONGSI RESEPI.

Perjalanan untuk membuat kek ni berjalan lancar dari segi membuat hinggala CT deko.Ini la hasil budak yang baru berdikit-dikit nak belajar deko.Banyak lagi yang perlu CT pelari dalam bidang kulinari.Okey Jom kiter layan Pic Kek birthday IRA NATALIA.



Sumber: Munira Baharum
saiz 7x7

bahan2:

Bahan A
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

Bahan B Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
 pukul bahan (A) 
pukul sampai bhn (B) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
 campurkan adunan (A) + (B) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
 masukkan kedlm loyang yg td..
Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau


Untuk Frosting CT guna kan fresh cream ....dan hias mengikut selera masing2 yer.



KARIPAP RAPUH


Sumber: MASAM MANIS

PASTRI RAPUH

400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam



Buat Doh Pastri dulu
Campurkan sedikit garam dalam air sejuk
Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan ia  akan jadi  berketul-ketul halus, macam serbuk roti,
Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu
Setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam
Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.
Sementara itu boleh buat inti karipap.






INTI KELEDEK


1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam

Potong dadu keledek dan rendam dalam air
Blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati
Akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air
Kacau selalu dan biarkan keledek empuk
Sesuaikan rasa, masukkan garam secukup rasa
Setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

HAPPY BIRTHDAY TILA ~ Turn to 1~








Happy Birhday to u.....Happy birthday to u...Happy to Ira Natalia....Happy birthday to Uuuuuu.....!!Alhamdulillah...Acik doakan tila di panjangkan usia,di murahkan rezeki, menjadi anak yang soleh,bijak pandai..dah di redhai Allah s.w.t...
Semalam 25/12/2011 genap usia anak sedara CT setahun...Terima kasih Kak Ngah sbb Percaya dekat adik kamu untuk membuat kek yang kamu request...dan alhamdulillah kek ni habis licin di makan oleh anak2 sedara CT.

Cuti ni agak busy ...sbb Kak long CT dari Perak turun ke KL menziarah kami di sini..dah alang2 ke KL, kami sambut besday Tila sekali + juga  Kejayaan anak Kak Long CT yang dapat straight A dalam PMR baru2 ni..TAHNIAH abg long a.k.a KHASNOR ISKANDAR.Moga abg long teruskan kejayaan di peringkat SPM pulak yer sayang.





  Seronok sangat rasa dapat berkumpul adik beradik...sbb bukan senang nak kumpul kami 4 beradik...sempena tuk meraikan besday Tila dan kejayaan A'is kami bermandi manda di SG.Congkak, Hulu Langat...Siap berBQ dengan ipar duai...sempat juga CT sediakan juadah yang lain.Harap2 kalian happy yer...:)) yng penting i love u all.............




Okey dah puas tgk kek jom kiter layan pic family keluarga CT ketika di Sg.Congkak.Happy Hour On 25/12/2011.