Tuesday, January 17, 2012

KUIH DANGAI BERINTI DURIAN





Assalamualaikum dan salam petang buat semua....dah mula dok fikir ke nak makan apa petang ni?Kalo CT dok kat opis jerla, kalo nk buat balik keje ni baru boleh buat..tpi semalam lepas balik keje lepas en.Somi pegi keje sbb die shift malam....CT pun terus la gode2 kat dapor..pulak tu G-hin pun main elok jer sorang2 CT pun terusla jengah ke dapur siapkan DANGAI ni....penyediaan yang agak mudah...

TERIMA kasih pada KAK CHEK sbb sudi kongsikan resepi kuih dangai ni..macamane CT boleh gode2 kt dapur Kak Chek???ooo...hari tu kan dekat Blog kak Azlita a.k.a MASAM MANIS ada buat Cupcakes Butterfly , CT terpandang darimana la Kak Ita dapat resepi ni...so CT pun Clickla dekat blog Kak Chek yang telah Kak Ita give Back link kan....so melawatla ke dapor Kak Chek terus berkenan nak buat kuih dangai ni....

Pada mereka yang nak mencuba resepi kuih dangai ni yang dah semakin kurang kiter dapati sekarang bolehla mencubanyer dengan sendiri.Dulu masa kecik suka makan kuih ni....dah besar ni pun boleh lagi makan sbb dekat PASAR MALAM area umah CT ada orang menjual tpi versi x der intila .....Untuk ACU sedap x??acik tahu ni kuih kegemaran acu..dan TERIMA KASIH juga pada manager adik CT yang sudi bagi kami makan buah durian yang sangat2 sedap.So hasil dari baki durian yang ada CT gunakan buat Inti kuih dangai ni.





RESEPI KUIH DANGAI
 
Sumber: KAK CHEK

Size loyang yang CT gunakan 7inch x 7inch
Bahan-bahan:-
  • 3 cawan padat kelapa parut muda (putih dia je tau....)
  • 1 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit air...
  • 5 - 6 sudu besar inti kelapa durian....
** Kepada mereka yang ingin resepi inti bolek click di SINI @ pun boleh lihat di bawah CT dah C & P kan kat bawah ni yer....Kak Chek CT mintak izin tuk tepek resepi Kak Chek dalam dapur kecil CT ni yer..TERIMA KASIH Kak....Kalau bagi mereka yang x nak guna inti boleh di gantikan dengan 2 sudu besar gula melaka yang telah di racik halus + 2 sudu besar gula pasir..( Ini dari Nota Kak Chek yang CT telah salin semula)


Bahan-bahan untuk Inti:-
  • 1 biji kelapa parut ....( putihnya sahaja....)
  • 10 ulas durian...( masak sekali ngan biji2nya...tapi kalau nak amik isinya je tak de hal..boleh je..)
  • 2 sudu besar gula pasir..
  • 1 ketul gula melaka diracik....( saiz sederhana besar...pun kes lupa nak timbang....)
  • 1 cawan air..
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 2 helai daun pandan disimpulkan....
Cara-cara:-
  • Masak air bersama gula..gula melaka...durian dan masukkan simpulan pandan...
  • Kacau hingga gula larut dan adunan sebati bersama durian sampai agak likat...
  • Masukkan kelapa parut....kacau sebati...masukkan tepung ubi kacau lagi sehingga inti agak pekat dan tidak melekat lagi dikuali....kira ok dah inti tu....masak dah ..tutupkan api...ketepikan kejap ....




Cara-cara Peyediaan Kuih Dangai
  • Kelapa parut digaul bersama tepung pulut...garam dan  gula pasir...gaul rata dan digemburkan sambil direnjiskan sedikit air...
  • Bahan yg di gaul dibahagi kepada dua bahagian....
  • Sediakan loyang ( saiz atau bentuk loyang ikut citarasa memasing k )...sapukan shortening kedlm loyang...masukkan bahagian pertama kedlm loyang....dimampatkan tapi jangan terlalu padat sgt...memadai ditekan sikit2 je.....letakkan inti kelapa durian keatas lapisan pertama dan diratakan.....lapiskanlah bahagian yg kedua diatasnya....tekan2kan ...jgn tekan padat sgt k....renjis2kan air keatasnya.....
  • Panaskan oven 180 darjah celcius.....bakar selama 25 - 30 minit.....atau sehingga kuih masak
 --->> permukaan kuih akan kelihatan keperangan sedikit bermakna kuih dangai dah masak dan bolehla di hidangkan tapi pastikan kuih tu sejuk dahulu yerk..baru potong.








MASAK LEMAK CILI PADI TEMPOYAK UDANG



Resipi Masak Lemak Cili Api Tempoyak Udang

resipi asal dari: Buku Resipi@Prima keluaran Karangkraf
Sumber:BLOG RESEPI

Bahan-bahan:-
  • 1 kg udang dibuang kulit (resipi asal menggunakan daging salai) ~ CT x buat
  • 1 helai daun kunyit, di hiris
  • 100 gm bawang merah (dikisar halus)
  • 50 gm bawang putih (dikisar halus)
  • 40 gm kunyit hidup (dikisar halus)- boleh juga guna serbuk kunyit
  • 60 gm cili padi (dikisar halus)
  • 3 batang serai (dititik)
  • 500 gm tempoyak
  • 1 kg santan
  • 250 ml air
  • Asam Keping ~ CT tambah sbb tempoyak kurang masam hehhee..
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula jika perlu
Cara-cara:-
  1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama air ke dalam periuk dan dimasak sehingga kering dan pekat.
  2. Kemudian masukkan santan, serai yang dititik dan daun kunyit. Kacau supaya santan tidak pecah.
  3. Masukkan tempoyak dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan biarkan mendidih. Tambah sedikit gula jika perlu.
  4. Masukkan Asam keping
  5. Akhir sekali, masukkan udang tadi. Biarkan mendidih seketika dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.




YES!!! saya dapat makan udang masak tempoyak...hurm sedap...tpi sedap lagi Tempoyak Kedai Kak Ana buat...egegegegge, Kak Ana apa rahsia kak ana masak...sedap tau...sapa 2 nk makan kat kedai Kak Ana bolehla pergi singgah kt Food Court Sri Damansara...GERAI Kak Ana.Beliau menjual makanan kampung..ulam-ulaman....sambal belacan..mmg kegemaran i tau hehehhe...






Monday, January 16, 2012

TEMPAHAN MINGGU LEPAS

TEMPAHAN APAM DOT2 DARI KAK ARA


Assalamualaikum w.b.t. semua..moga semuanye sihat...hari ni barula ada mood nak masukkan N3 untuk order yang CT buat minggu lepas..okey ini order yng CT kene buat untuk jiran CT.Kak Ara rabu lepas 11/1/2012.Beliau meminta apam dot campur sebanyak 150pcs..tpi dok tgh buat waktu pagi bekerja pulak tu cukup2 je 145pcs...alahaiii salah conggak la pulak adunan...nasib baik Kak Ara kata okey ..lega sikit hati CT.

Kali ni apam CT dah ada kesan Jerawat batu pulak...tpi rasa ttp sama n SEDAP..









Order = 145pcs apam dot2
Filling = campur
Deliver = 11/1/2012


***********************************************************************************

TEMPAHAN DARI ZAI

(Ku sangka Panas hingga ke petang Rupanyer Hujan di tengahari)

Order ni dari Zai...terima kasih Zai sbb order..maaf dgn apa yang Zai dapat insyallah dengan Keizinan Allah s.w.t pasti CT buatkan lagi untuk Zai okey. 







Order = 1 biji Kek Karamel
Deliver = 12/1/2012


***********************************************************************************


TEMPAHAN DARI KAK NORIAH ALI

Terima kasih kepada Kak Noriah Ali sbb sudi order dengan CT yer...moga akak menikmati kek karamel ni bersama teman2 dan juga keluarga tercinta.Kak Noriah telah order dengan CT 1/2 kg kek karamel tpi nak 3 biji kek.











Order = 3 biji Kek Karamel
Deliver = 13/1/2012


***********************************************************************************


TEMPAHAN DARI EN.MAHATHIR

Tepat jam pukul 5.50 pagi CT dapat sms dari satu nombor...pelik juga pagi2 kan ada orang nak order..pulak tu dari orang yang mmg CT x kenal...CT igtkan ada orang nk main2 order dengan CT..tpi alhamdulillah En.Mahathir Confirm nak order dan selamat di hantar pada hari sabtu yang lepas.Terima banyak pada enSomi yang banyak membantu CT dalam proses penghantaran kepada pelanggan.



Order =  1/2 kg Kek Karamel
Deliver =  14/1/2012


***********************************************************************************

TEMPAHAN DARI KAK ANA  

Terima Kasih banyak2 pada Kak Ana...sbb sudi order lagi dengan CT..kali pertama dulu Kak Ana pernah order Cream puff dengan CT, kali ni Marble Cheese Brownies.Sorry Kak Ana jumpa di tengah panas pulak...teringat zaman2 dulu yerk di kala berjumpa di depan kedai makan Sala Thai...wah..terkenang zaman cintan cintun dulu yer...






Order = 1/2 kg Marble Cheese Brownies
Deliver = 15/1/2012

SIAKAP SWEET SOUR AGAIN!!!




HUrm....dah lama CT beli ikan Siakap ni ...dok peram dalam peti tu ha...samala nk masukkan N3 ni dah terperam beberapa hari..MOOD M datang melanda adess......masak nak tpi bab 2 nk masukkan dalm blog ni berjiwa2 ha...tgu mood R dok mai dulu ..apala nak di masak ni ha....Teringin nak makan Siakap STEAM...tpi kalo CT buat en.Somi la pulak x makan....apa la abang ni, dah i kene masak apa u suka..x perla may be 1 day CT boleh masak Siakap Steam...Kire2 begitula nk jugak rasa hasil tangan sendiri masak berbagai style.....x perla CT, nanti kite beli ikan siakap yang kecik2 jerk yerk....cukup tuk makan kamu ngn ACU ( itupun kalo acu makan) hahhaha.......teringin nak masak macam My sis Kak Long masak ...STEAM SIAKAP ASAM BOI.....Slurrpppp!!!!terus terliur bile sebut asam boi.....nyum2..dah lama x makan asam2 ni...hehehhee jgn ada apa2 sudah...kalo ada pun apa salahnyer kan?Okey jom kite layan siakap masak SWEET SOUR kali ni ...





IKAN SIAKAP SWEET SOUR

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap ~ Bersihkan + di goreng terlebih dahulu
  • 1 biji bawang putih ~ Di potong dadu
  • 1 biji bawang merah ~ Di potong halus
  • Sedikit halia
  • 1/2 besar cili kisar
  • 5 sudu/b sos cili
  • 3 sudu/b sos tomato
  • 1 biji tomato ~ Di potong dadu
  • 1 batang serai-titik
  • Sedikit kacang panjang di potong kecil
  • Sedikit carrot ~ Di potong dadu
  • Garam + Gula ~ Ikut selera masing2
  • Air secukupnya
  • Minyak
  • 2 helai daun limau purut-x de pun x pe
** Kalau nk pedas boleh tambahkan cili padi yang di potong kecil

Cara-cara

  1. Goreng ikan siakap dahulu sehingga kekuningan ~ Ketepikan ke dlm pinggan.
  2. Panaskan kuali  dgn sedikit minyak. ~ Ct Guna lebihan minyak goreng ikan siakap tadi
  3. Tumis bawang merah, putih dan juga halia hingga naik bau
  4. Masukkan cili kisar tgu hingga cili garing
  5. Masukkan cili sos dan juga sos tomato
  6. Masukkan serai yang di titik dan juga daun limau purut
  7. Masukkan potongan carrot dan juga tomato + kacang panjang
  8. Kemudian masukkan sedikit air.
  9. Masukkan garam dan juga gula
  10. Tggu sehingga kuah mendidih dan agak pekat
  11. Tutup api dan bolehla di tuang ke atas ikan siakap yang di goreng tadi.
  12. ** CT Tambah buah tomato yang di potong kecil






Friday, January 13, 2012

SOTONG KANGKUNG




Sotong Kangkung...lailala.....Sotong kangkung...manyak ssseddapp....mali adik cantik manis...x dak mahaii 1 bungkus Lapan linggit saje...sellu nk makan sotong kangkung CT akan ajak en.Somi CT makan dekat Uptown lama di Damansara Utama Food Courts. Sekali beli ko ha...RM8.00 tpi sekarang sudah free sbb CT dah boleh buat sendiri...so x yahla bazir duit lagi kan...TERIMA KASIH
SOTONG KANGKUNG resepi dari KJEE..

Sedap mmg x terkatala...hehhe mana x nyer CT bertambah-tambah, kalo suami CT mmg die layan..walauapapun mmg sedap tau, sampai menjilat jari + pinggan...x tau nak kata apa lagi haihh kesedapannyer.Dlm sukatan kat bawah ni CT gunakan 1/2 cup saja...cukupla tuk CT dengan Acu kt umah ni...kalo sesiapa nk mencuba bolehla guna resepi KJEE ni.Lain kali CT nk kurang kan gula..sbb agak manis sikit.Tapi kalo sesiapa yang sukakan kemanisan x payahla kurangkan.SEDDAAPP
Thumbs Upla kak.







Sumber: KJEE
Bahan-bahan:
a) Kangkung di celur
b) Sotong kurita di celur dalam masa 7 minit
Bahan-bahan untuk SOS:
a) Cili Kisar
b) Asam Jawa
c) Gula
d) air
e) Petis

Semua bahan di atas CT hanya gunakan 1/2 cup sahaja...kalo ikut resepi KJEE, gunakan 1 cup..tpi x per kalo buat lebih boleh simpan ..n makan dgn buah boleh jadi rojak buah, boleh makan dgn tauhu bakar @ tauhu sumbat...banyak lagi optional yang boleh kiter buat n makan kan?


Cara-cara
a) Semua bahan di campur dan di masak di atas api
b) Tgu hingga mendidih perlahan kan api
c) Didih hingga kepekatan yang anada mahukan.
d) Bolehla di hidangkan bersama sotong dan kangkung yang telah di celur tadi

**bahan tambahan:
a) Bijan di sangai
b) Kacang di sangai dan di tumbuk kasar


Thursday, January 12, 2012

BUNCIS GORENG UDANG




Salam semua...tenet2 lembab la hai..SNAIL pun laju berlari tau dari kamu....
okey malas nk bebel2 pasai line internet ni...nanti ada je bender lain yang keluar....AStagfirullah!!!hehehhe jom CT kiter makan sayur kacang buncis goreng udang pulak harini.Menu yang simple n mudah nak sediakan.Sedap dengan manis udangnyer ahaiii....sedap bagi penggemar sayur yer..Bagi saya yang x suka sayur tu msti dok makan udang jerla...LIKE en.Somi saya..ada jenis2 sayur jek die makan..tu badan dok SLIM dari sekolah sampai dah kawin dok sama jerk...



  


Bahan-bahan:
  • Segengam kacang buncis di potong serong
  • Udang basah ~ ikut kehendak hati nak letak banyak mana ( CT letak semangkuk kecil sbb en.Somi mmg suka Udang)
  • bawang merah & putih di mayang halus
  • 1 S/besar Sos tiram
  • 1 biji buah tomato di potong
  • Sedikit garam ~ ct x letak sbb sos tiram dah agak masin
  • Sedikit saja air  

Cara-cara:
  • Tumiskan bawang merah n putih hingga kekuningan
  • Masukkan sos tiram
  • Masukkan air
  • Masukkan udang, kacang buncis dan juga buah tomato
  • Kemudian masukkan sedikit garam jika perlu
  • Kacau hingga rata dah bolehla tutup api
  • Hidangkan bersama nasi yang panas.

Wednesday, January 11, 2012

SAMBAL TELOR REBUS GORENG




Hari ni jom kiter masak lauk yang simple nak...meh CT nak kongsikan bersama Resepi sambal Telor rebus yang CT ambik dari blog Kak UMMI, YESS !!sedap..tpi maafkan CT yer Kak Ummi sbb CT gantikan dengan telor ayam ......telor puyuh x der plak stock dlm peti.Insyallah 1 hari nanti CT gunakan telor puyuh.CT buat kali ni x banyak sbb CT gunakan 3 biji telor ayam yang di rebus dahulu ...tgu hingga sejuk barula di kopekkan kulitnyer dan di goreng dahulu.

Kalo dapat dekat si anak CT  GHIN telor rebus ni mmg cukup suka..tpi makan yang putih jerk..kalo kuning tu jadi habukla npk gayanyer.Mmg budak2 kecik suka makan telor yerk?AWASS!!!kalo makan banyak sangat telor kang si angin kus2 pun seharum Perfume PARIS HILTON hehehe.....

Kak Ummi Ct mintak izin tuk Copy paste yer di ruangan dapur kecil CT ni yer..TERIMA KASIH KAK UMMI.



SAMBAL TUMIS TELOR


Sumber: KAK UMMI

Bahan:-
  • 2 bekas telor puyuh - anggaran 30 biji  (CT GANTI dgn telor rebus di goreng dahulu)
  • 8 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 cm belacan yang dibakar * (bahan * dikisar bersama)
  • 4 sudu besar cili kering kisar - ikut kepedasan cili
  • 1/3 cawan gula melaka yg dihancur2 sikit
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1 biji bawang besar (saiz sederhana) dipotong gegelang
  • sedikit air
  • garam secukup rasa

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar dengan api sederhana. Masak hingga terbit minyak.
  2. Kemudian masukkan gula melaka dan air asam jawa. Tambah sedikit air dan biar mendidih sekejap dan agak pekat.
  3. Masukkan telor puyuh tadi bersama bawang besar dan renehkan sambal sambil dikacau sesekali. Masak hingga nampak warnanya kemerahan pekat. Tutup api dan hidangkan bersama nasi lemak atau nasi putih.


Tuesday, January 10, 2012

SOTONG SAMBAL





Bahan2:
10 tangkai chili kering
2 sudu gula
sedikit garam
3 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar.
sesenduk minyak masak.
Sotong 4 ekor ( CT guna sotong yang kecik2, tpi melebihila dari 4 ekor)
** CT Tambah buah tomato di potong

Cara.
1-guntingkan chili dan rendam dalam air panas sebentar. toskan dan cuci.
masukkan dalam blender dan kisar halus bersama secawan air.

2-panaskan minyak dan tumiskan chili. masukkan 1/2 air lagi kedalam kuali.Biar mendidih perlahan lahan sehingga keluar minyak (lebih kurang 1/2 jam).

3-Kisar bawang putih dgn bawang merah.

4- Siang sotong,buangkan kulit , potong kecil dan ramas dengan asam keping/gelugor. Bahagian kepala sotong,dibuang punatnya. cuci bersih2. (CT x potong sbb guna sotong yang comel2)
5- Kaut dan balik2 kan chili yg sedang dimasak, biar mereneh sehingga agak pekat. masukkan bawang yg telah dikisar.gaul2kan dan biar sampai agak kering sambalnya.

6- Masukkan sotong. Jangan tambah air kerana sotong akan menghasilkan air. Pastikan api perlahan. Tutup kuali dgn penutup periuk. biarkan 5 minit lagi, gaul sesekali.Masukkan potongan buah tomato.

7- Tambah gula dan garam. gaulkan rata dan angkat.InsayAllah sotong itu akan lembut isinya.Boleh tambah sesudu air asam jawa jika suka masam.

selamat mencuba.






TEMPAHAN DARI FAROUK E@CURVE



Salam Petang..petang ni CT update order dari kawan sekerja en.Somi CT..thanks banyak2 en.Farouk sbb sudi order...tempoh hari order kek karamel untuk hari lahir isteri beliau.Kali ni beliau order Kek Hawflakes untuk hari lahir Bonda beliau."SELAMAT HARI LAHIR BUAT BONDA".Harap2 kalian menikmatinyer.





Layer purple, green, red, blue + yellow.....setiap lapisan di lapis bersama hawflakes.




Order =  Kek Hawflakes
Delivery = 09/01/2012 (Monday)

Monday, January 9, 2012

MARBLE CHEESE BROWNIES


Salam di petang hari....CAKE..cake...KEK..kek lagiiii????????oooooo gemok aku..tapi CT x makan pun...saja buat bagi orang opis abang makan...dah lama nak buat..masa oh masa sangat jelesss tau...kali ni dapatla lepaskan gian tuk membuat kek ni...

Biasala CT kalo di hujung minggu pasti siapkan order..itu pun order last minute....graaabbbb ajer kalo CT yakin n mampu buat..bukan TAMAK..tapi keseronokkan yang datang dlm diri ini..semangat!!!Nasib baik anak ibu okey dan faham...THNKS G-hin ibu.Love u so much.

Resepi ni CT dapat dari Page KK Thnks kak MEM....idea yang bernas..hehehhe tima kasih jugak buat Suhaida mohani sbb sudi kongsikan resepi ni yerk...:)) sayang kamu,sayang mem...dan sayang semua.





Marble Cheese Brownies
sumber : hanamemories,Suhaida mohani

Bahan Brownies
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Cheese
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan) - hana ltk setengah cwn jer!
1 biji telur gred B
*hana tmbh jus lemon skit n freshcream.

Cara-cara

1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.

2. Untuk brownies: Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.

3. Untuk Cream Cheese : Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...

** SEsaper nak order just sms CT okey...019-3565824











TEMPAHAN DI HUJUNG MINGGU

TEMPAHAN DARI ATIA





Salam semua...order apam dari atia..kawan kepada kawan CT.Order last minute, CT keje sabtu baru2 ni keje half day...tiba2 dpt call dari azuwa" Kak boleh buat x apam?"...BOleh, tpi kamu kan pandai n ambik order buatla dik...(kata CT)...Azuwa kata die x sihat dah 3 hari MC...so CT pun cepat sms acu soh masukkan telor dalm peti sbb pukul 3 petang dah nak anta ke atia..ruper2nyer atia ni dekat dengan umah CT jerk...so lepas siap terus rempit VROOOmmmmm naik moto anta...walauapa pun thnks atia dah juga azuwa.




Order = Apam Dot2
Filling = Strawberry
Qty = 50pcs
Deliver = 7/1/2011 (saturday)

**********************************************************************************

 TEMPAHAN DARI K.ARA


Tempahan yang ni dari jiran dekat umah CT...kak ara sejak tahu CT homemade ni..mmg die order dgn CT, yang ni pun order last minute...terkejar2 saya siapkan semalam..alhamdulillah everything is done...thnks allah.





Order = Blubery Cis Tart
QTY = 50pcs
Deliver = 8/1/2012

*********************************************************************************

TEMPAHAN DARI MID


THANKSS!!!mid....sbb sudi order dgn daku...lama x jumper kamu ...last masa kamu order kek karamel last year...maaf x dpt jumpe ekat umah....so ketemula kami berdua di tesco..harap2 kamu puas hati yer mid..MID ni my class mate masa form 3 dulu...lama dh kan mid kiter kenal...wa teringat jaman2 skoll dulu.






Order = Cream puff Kastard
QTY = 35pcs
Deliver = 8/1/2012

**********************************************************************************

TEMPAHAN K.ARA AGAIN!!!!
 


Alhamdulillah...finally dpt siapkan order di pagi waktu bekerja....ni baru CT siapkan pagi tadi sebelum pergi keje.....K.Ara order tuk kawan beliau...katenyer orang mengandung kan...x per kak..selagi CT mampu buat CT usaha buatkan...SEMANGAT!!!terima kasih akak sbb sellu order ngn CT..harap akak puas hati dgn order2 selama ni.







Order = Blueberry Cis Tart
QTY = 100pcs
Deliverr = 9/1/2012