Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Monday, October 1, 2012

NASI HUJAN PANAS

Assalamualaikum w.b.t.....lama nyer saya x jengah ,jenguk, intai pun kadang2 akibat kesibukkan masa membaking, membuat tempahan dari customer.Hari ini rindu untuk CT membuka blog CT yang dah lama x di sapu bagi bersih, macam x der penghuni pulak rumah ni yer, dulu sibuk pindah, dalam sibuk pindah , mengemas rumah, sibuk pulak kat dapor membaking....mana x nyer balik keje terus siapkan tempahan ..walauapa pun itu semua rezeki dan CT laksanakan sehabis baik mungkin.....RINDU NAK MAIN MASAK2.....rutin dulu dengan sekarang x sama jadi kenela pandai2 bahagi masa....

Okey lama x berceloteh...x mo celoteh panjang2, kalo celoteh panjang2 jadi cam G-hin nanti pok pek pak po..dari bangun buka mata sampaila die tido..berceloteh x kire waktu...kalo sapa2 pernah jumpa G-hin pasti x larat nk layan mulut die yang macam bertih jagung....dok tik.tik..tik....bercakap...manala kalo x kuah tumpah ke nasi yer....JANGAN SOMBONG dengan orang yer nak..ingat pesan IBU.

Semalam En.Somi adalah mengajak kawan beliau bertandang ke rumah kami yang x seberapa nk indah ni , jadi dok pk menu apa la best yer...al maklumla sekarang CT ni rajin sangat ke dapo...hihihi...sampai x lalu nk makan apa kat luar tu , jadi semalam sesibuk mana menyiapkan order CT gagah siapkan menu tuk tetamu..antara juadah tuk mereka ialah..taraaaaaaaaaaa " NASI HUJAN PANAS" ... resepi ni dah 2 minggu jugakla CT tgk kt FB Kak June Ahmad " TOKE Tupperware" so kalo sesaper berkenan nk guna barang Tupperware bole contact kak June yer....Promte sat kak June nah..rezeki tu..alhamdulillah

JOM kiter intai bahan2 nak buat Nasi hujan panas ni.........


Sumber: June Ahmad
Bahan2:
a) 3 tin beras ~ 6 cup bekas beras CT guna
b) 4 tin air
c) 1/2 tin susu cair
d) 3 sudu majerin + minyak sapi
e) bwg besar (dimayang)
f) bwg merah
g) bwg putih
h) halia
i) 3 sup bunjut adabi ~ Ct guna 2 bunjut
j) kulit kayu manis
k) bunga lawang
l) bunga cengkih
m) buah pelaga
n) Sedikit garam

cara-cara:
-kisar bwg putih, bwg merah, halia
-panas minyak sapi n majerin
-tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga
-masuk bwg besar, dh layu sedikit masuk bahan kisar
-biar garing sedikit, kemudian masuk beras, kacau sekejap
-masuk air, susu, sup bunjut, garam
-tutup periuk dan biar sampai nasi kering air
-titiskan warna hijau, kuning dan merah
(warna hijau n merah elok campur dgn air sket je supaya warnanye nnti tak begitu terang)
-jgn kacau dlu, tutup tudung periuk dan biar nasik betul2 msk baru kacau




Tengok biler dah letak warna warni dengan pewarna sangat2la menarik....tpi anak kawan CT x mo makan sbb ade kaler merah..die kata pedas agaknyer...x per yang penting kiter mecuba k...Nasi sedap lawan dengan lauk AYAM MASAK MERAH, tambah pulak ada acar dengan papadom...walllah lagila memikat masuk kat anak tekak kan??x caya cubala...nanti CT update lauknyer pulak yerk...barula mantopps gandingan NASI HUJAN PANAS ni.



Tengok tu tgh mengelegak lagi .....tp akibat kelalaian sup bunjut tu x bergerak2 la ..tuan die x mo kacau....hahhaha korang jgn ikut pulak tang ni...kacaula sambil2 tu yerk..ha tula CT dok kalut sangat hehhehe...



Ni dok proses buh kaler....tgk bunjut tu dok terapungla kat tengah2 x bergerak....." SILA ABAIKAN BUNJUT INI" anda di nasihatkan sentiasa ALERT ok. walaupun Bunjut kat situ jerk...tpi ttp sedap...

Tuesday, December 20, 2011

NASI GORENG USA

Assalamualaikum semua....harap2 hari ni semua bertambah baik dan sihat yerk...begitu jua keadaan diri CT,dh bertambah sihat dri virus SELSEMA..tpi hidung tu dok soh..seh..soh seh lagila....tapi kian bertambah baik alhamdulillah....apa menu kawan2 hari ni...agak2 x der idea..apa kata cuba resepi NASI GORENG USA ni..sedap..CT ambik Resepi ni dari blog RAIDAH..sbb dah x tahu nk masak apa kan..so tu yang hati terdetik nak makan nasi goreng usa la plak..selalu order dekat kedai makan jer kan..apa kata kali ni kiter masak dekat rumah plak..

JOM!!JOM!! kiter skodeng resepi dekat bawah ni...pasti bertambah2 tau..seperti en.Somi saya bertambah jugak die 2 kali..itula air tangan seorang isteri kan?Kalah kedai masak...hehehhehe x derla CT gurau jek...CT masak pun bukanla sedap mana...("Abang ambil hati jer ke dok tambah nasi tu?"), agaknyerla tu...apa la CT dok pot pet..pot pet kan..mai kiter scroll kt bawah tgk apa resepinyer.


Sumber : RAIDAH
Bahan nasi:
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 batang lobak merah ~ dipotong dadu (blh guna mix veg)
  • 1 biji telor ~ CT tambah
  • Hirisan daun sup ~ CT tambah
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak.
Cara penyediaan nasi:
  • Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
  •  Masukkan sos tiram dan lobak merah(mix veg), gaul rata.
  •  Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.



Daging masak merah:
  • 300gm daging ~ dihiris (CT rebus dahulu isi daging dgn pewarna merah)
  • 2 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1/2 biji capsicum ~ dihiris (CT x letak )
  • 1 biji tomato ~ dipotong 6 (CT x letak)
  • 1 sudu cili kisar
  • 2 sudu cili sos
  • Sedikit kicap manis ~CT tambah
  • Beberapa cili padi (Di ketuk)~ CT tambah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak.
Cara penyediaan daging:
  • Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
  • Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
  •  Masukkan cili sos, capsicum dan bawang besar, gaul rata.
  •  Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya. 
  • Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun.
** Goreng telor mata yo!!!!!!!semua tahu kan nak goreng telor mata tu kan?kan??hehehhe....so D.I.Y. ok.

Wednesday, December 14, 2011

NASI LEMAK KUKUS

Bau nasi lemak kukus...hurm...sedap!!!!!!first time ct buat masa tuk ordering tempat keje en.Somi saya..di E@Curve.. sbb ada majlis perpisahan staff nama die e-jan, jadi bos en.Somi saya berhajat tuk buat makan2.Tapi sebelum buat makan2 ni Ct kene bagi quotation dulu sbb bos die nk tgk harga dulu...berderau darah den...alahaiiii nk kene buat quotationla  plak...Menu yang Ct sediakan hari tu nasi lemak kukus heronyer...hihihi pencuci mulut Ct sediakan buah tembikai,Puding Roti Bersos Kastard dan jugak Kek karamel.Alhamdulillah...habis:)) oh tertinggal plak ketiow goreng..

 Tapi itu pic masa ordering tu x sempat Ct nak ambik...Okey kiter bercerita plak Nasi lemak kukus ni...alkisahnyer Ct buat masa Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor.Jadi Ct ambik kesempatan untuk memasak Nasi lemak kukus ni lagipun permintaan en.Somi saya..layankan ajerla yerk..Resepi Nasi ni Ct ambik dari blog kak Dayang ..jadi Ct copy paste kan dekat bawah ni yer..TERIMA KASIH Kak Dayang sayang.


Nasi Lemak Kukus
Sumber : noya myr

Bahan-bahan ( 4l@ 5 org )
  • 5 cawan beras (DJ buat 3 cawan)
  • 2 biji pati santan (DJ guna santan kotak rendah lemak)
  • 3 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa 
  • 1 sudu makan marjerin (DJ tambah)
  • 1/2 sudu makan gula (DJ tambah)
  • sedikit halia, bawang putih dan bawang merah - dicincang (DJ tambah)

Cara-cara:-
  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. 
  2. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. 
  3. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. 
  4. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada waktu pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama  direndam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak



Ayam ni ct ambik dari blog kak raidah..so Ct copykan resepi di bawah ni yerk.Mmg sedap ayam goreng rempah ni tau..kalo anda semua nk try bolehla..terima kasih pada kak raidah.


Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.


 
Okey meh nak bercerita pasal Sambal kak Dayang ni...Masa Ct buat ordering tu ..huhuhu sambal x cukup mek!!!sbb Sedap...mana x x cukup kata kawan sekerja en.Somi, Ketiow pun hentam makan ngn sambal mau x cepat habis..itu pun Ct dah buat  2kali masak...tgk macam x cukup..sbb apa x cukup SEDAP kot..So u Olss layan yer resepi dari Kak Dayang Jack kiter yer.:)) 


Sambal Nasi Lemak

 
Bahan-bahan : (4-6 orang makan)
  • 3 biji bawang merah (kisar)
  • 1/2 labu bawang besar (kisar)
  • belacan bakar secukupnya(kisar)
  • segenggam ikan bilis (dibersihkan)
  • 3 senduk cili kering kisar (-/+)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula melaka secukupnya
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar diikuti cili kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ikan bilis, garam dan gula melaka. Kacau lagi. 
  3. Kemudian masukkan air asam jawa dan bawang besar. Apabila bawang sudah layu, bolehlah dipadamkan api. Angkat dan hidangkan



 Ce tengok telor tu...hihihi cantik kan jadi 3 kata I LOVE U.....Thnks to kak REEN KHAN sbb ajarkan camner nak dapatkan bentu lop2 tu...




Wednesday, December 7, 2011

KETUPAT GORENG

Pertama kali Ct melihat n dapat makan Ketupat goreng ni masa Ct belajar kt Batu Pahat dulu...mula2 rasa pelik tau ...eh apa ni???tpi bile Ct cuba makan ...owhh!!sedap boleh tahan..so sebelum nak masuk kelas pasti pegi breakfast dekat kedai makan depan tpt Ct belajar dulu..Urm...membuat kan daku rindula plak dengan teman2 lama..rumah kat Banang Heights [ Nana,Ecah n Deq Nor]...budak2 rumah White House...[ila,kay,nad,wawan,ecah,kak aida,syidot,mak edot n ina] WEiiii aku rindu Korang tau!!!!bilerla dpt jumper korang kan??ramai ha budak umah WHITE HOUSE...sampai 1 rumah tu 10 orang....tpi mmg best kawan ngn korang.

Lorrr...sedih la plak ...asalnyer nak cerita kat mana pestime makan ketupat goreng ni...hahahha..okey2 jom layan bahan2 yang Ct guna dalam memasak ketupat goreng ni yer...layanzzz!!!


KETUPAT GORENG

Bahan-bahan:-

Ketupat segera - 1 biji (yang besar - rebus dan sejukkan)
Bawang kecil - 4 ulas
Bawang putih - 1 ulas
Cili merah - 1 tangkai
Cili padi - 5 tangkai
Kacang panjang - 1 (dipotong kecil-kecil)

Karet di potong nipis (ikut suka selera masing2 nak potong macamne)
Sedikit Udang kering (CT guna udang basah)

Sedikit Ikan bilis
Kicap (1-2 sudu besar)

Cili Sos (2 sudu besar)
Garam secukup rasa dan juga gula
Minyak untuk menumis


Cara-cara

Potong ketupat (Dadu yang agak besar).

Kisar bawang kecil, bawang putih, cili merah dan cili padi bersama udang kering dan ikan bilis.

Tumis campuran bawang sehingga sedikit garing kemudian Tuangkan kicap , cili sos dan garam .masukkan sayur kacang dan karet. Kacau rata.

Selepas itu, masukkan ketupat yang telah dipotong. .

Kacau rata dan sedia untuk dihidang.



** Boleh tambah sayur lain kalo u olls suka..cth: kobis,sawi,kucai n toge..ikut suka korangla yer nk masuk sayur yang mana satu...nak masukan semua pun boleh...

Monday, October 31, 2011

Nasi Ayam BBQ


Nasi Ayam BBQ..sgt sedap pembuka selera Sos Ayam ni tau..

Sumber: My SIL (Wanie Ab.Razab)

NASI
a) masak nasi macam nak masak nasi ayam.
* basuh beras...masukkan air rebusan ayam/ pakai kiub ayam yang di larutkan dalm air panas..masukkan hirisan halia,serai yang di titik n daun pandan tuk wangikan nasi.

AYAM BBQ PERAP
a) ayam di potong kecil @ ikut kalian nak besar mana
b) bawang besar n bawang merah *
c) Halia *
d) Serai *
e)Jintan manis / Jintan putih *
f) Ketumbar di sangai dahulu *
g) semua bahan yng bertanda * di blend......masukkan garam n gula..
Perapkan ayam selama 4 jam< kalau semalaman lagi bagus...hhihihi sb die meresap menusuk ke dalam.

KUAH AYAM
a) bawang besar n bawang merah,halia,serai...di blend halus...tumis kan kemudian masukkan cili kisar sikit....dah agak kekuningan....masukkan cili sos...garam n gula.....masukkan air...tgu sampai kuah pekat ......siap tuk di makan....

Inila Rupa ayam BBq yang dah siap