Bau nasi lemak kukus...hurm...sedap!!!!!!first time ct buat masa tuk ordering tempat keje en.Somi saya..di E@Curve.. sbb ada majlis perpisahan staff nama die e-jan, jadi bos en.Somi saya berhajat tuk buat makan2.Tapi sebelum buat makan2 ni Ct kene bagi quotation dulu sbb bos die nk tgk harga dulu...berderau darah den...alahaiiii nk kene buat quotationla plak...Menu yang Ct sediakan hari tu nasi lemak kukus heronyer...hihihi pencuci mulut Ct sediakan buah tembikai,Puding Roti Bersos Kastard dan jugak Kek karamel.Alhamdulillah...habis:)) oh tertinggal plak ketiow goreng..
Tapi itu pic masa ordering tu x sempat Ct nak ambik...Okey kiter bercerita plak Nasi lemak kukus ni...alkisahnyer Ct buat masa Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor.Jadi Ct ambik kesempatan untuk memasak Nasi lemak kukus ni lagipun permintaan en.Somi saya..layankan ajerla yerk..Resepi Nasi ni Ct ambik dari blog kak Dayang ..jadi Ct copy paste kan dekat bawah ni yer..TERIMA KASIH Kak Dayang sayang.
Sumber Blog: http://dayangjack.blogspot.com/
Bahan-bahan ( 4l@ 5 org )
- 5 cawan beras (DJ buat 3 cawan)
- 2 biji pati santan (DJ guna santan kotak rendah lemak)
- 3 helai daun pandan
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan marjerin (DJ tambah)
- 1/2 sudu makan gula (DJ tambah)
- sedikit halia, bawang putih dan bawang merah - dicincang (DJ tambah)
Cara-cara:-
- Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak.
- Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat.
- Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras.
- Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada waktu pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama direndam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak
Ayam ni ct ambik dari blog kak raidah..so Ct copykan resepi di bawah ni yerk.Mmg sedap ayam goreng rempah ni tau..kalo anda semua nk try bolehla..terima kasih pada kak raidah.
Sumber: Resepi Raidah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.
Okey meh nak bercerita pasal Sambal kak Dayang ni...Masa Ct buat ordering tu ..huhuhu sambal x cukup mek!!!sbb Sedap...mana x x cukup kata kawan sekerja en.Somi, Ketiow pun hentam makan ngn sambal mau x cepat habis..itu pun Ct dah buat 2kali masak...tgk macam x cukup..sbb apa x cukup SEDAP kot..So u Olss layan yer resepi dari Kak Dayang Jack kiter yer.:))
Sambal Nasi Lemak
Sumber :Kak Dayang Jack
Bahan-bahan : (4-6 orang makan)
- 3 biji bawang merah (kisar)
- 1/2 labu bawang besar (kisar)
- belacan bakar secukupnya(kisar)
- segenggam ikan bilis (dibersihkan)
- 3 senduk cili kering kisar (-/+)
- sedikit air asam jawa
- garam dan gula melaka secukupnya
- 1/2 labu bawang besar (dihiris)
- Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar diikuti cili kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan ikan bilis, garam dan gula melaka. Kacau lagi.
- Kemudian masukkan air asam jawa dan bawang besar. Apabila bawang sudah layu, bolehlah dipadamkan api. Angkat dan hidangkan
Ce tengok telor tu...hihihi cantik kan jadi 3 kata I LOVE U.....Thnks to kak REEN KHAN sbb ajarkan camner nak dapatkan bentu lop2 tu...
No comments:
Post a Comment