1 ekor sotong di cincang halus
1/2 bungkus tofu telor i cinang halus
2 ulas bawang putih – dincang halus
1 labu bawang besar – dihiris sederhana
Beberapa tangkai cili padi ( bgi sesiapa yang suka pedassss!!!)
1/2 sudu kecil cili kisar
1 sb cili sos
1 sb sos tomato
1 sb sos tiram
sedikit garam dan juga gula
sedikit hirisan karet
Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan hirisan bawang besar.Bila dah naik baunya, masukkan sotong cincang dan juga tofu telor, dan juga karet.Bila sayur dah agak layu, masukkan cili kisar n juga cili padi, cili sos, tomato sos, sos tiram dan sedikit garam n gula.Kacau hingga mesra kesemuanya, tutup api.
Bahan-bahan kulit:-
2 biji telor
Sedikit minyak
Cara-cara:-
Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul hingga sebati.Panaskan non-stick pan(api sederhana) dengan sapuan sedikit minyak, dadarkan keatasnya hingga memenuhi ruang pan.Bila telur dah agak masak, tuangkan bahan inti yang telah dimasak tadi ditengah-tengah telur.Kemudian lipat telur tu sehingga menjadi bentuk 4 segi, kalau nak garing lagi, terbalikkan telur yang telah siap dilipat tadi.Siap untuk dihidangkan.
Berselera tgk adik ngn Uper makan mlm ni.. |
No comments:
Post a Comment