Thursday, December 22, 2011

AYAM SOS SIAM

Assalamualaikum semua.....Awalnyer rasa CT bersiaran hehhehe...maklumla bos x masuk lagi tu yang awal CT dok ngomel2 ni.Apa plan nk masak tengahari nanti????Jgn Dok garu 2 kepala...kalo x der idea..meh cuba lagi resepi dari Blog Kak Ita...haiiiiiiiii mmg Ct x jemu2 tgk blog Kak Ita tau..boleh dikatakan setiap hari CT akan jenguk Tuk..tuk...tuk..Assalamualaikum nk masuk umah kak ita ni..nak jengah nengok resepi...hehhehe eh terpandang plak resepi AYAM SOS SIAM ni....Ammmpunnn kak ita sbb CT ada derhaka..x pakai cili thai tu sbb takut pedas..sbnyer husband ni x tahan pedas..maka CT pun pakai jerla cili kering tu ha...tpi rasa ttp SEDAP!!!!




CT masak ayam sos siam ni ketika MIL n ipar duai dtg umah tempoh hari....masa dok gode2 kat dapor...my BIL ...siap cakap...SEDAPPPnyer bau...masa tu dok tgh letak daun limau purut dengan kunyit....mmg harum dan wangi baunyer tau...." Aii dik makan belum lagi dah sedap?" hehhehe...tgk diorang makan sejuk mata memandang sbb hasil air tangan kite kan...SEKALUNG PENGHARGAAN buat
Blog MASAM MANIS.


AYAM SOS SIAM
Sumber: MASAM MANIS
Bahan-bahan:-

1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian ~ ita guna dada ayam
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Bahan kisar
15 tangkai cili padi thai (CT pakai Cili kering)
4 ulas bawang putih
~ ita tambah daun limau perut dan daun kunyit dan ita kisar sekali

1 labu bawang besar ~ dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
2 - 3 helai daun limau perut ~ ita tambah
1 batang serai ~ dititik ita tambah
sedikit gula
1 kiub ayam ~ ita tambah
1 biji buah tomato ~ (Ct Tambah)
minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Bersihkan ayam dan toskan.
Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Perap 20 minit.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak.
Angkat dan toskan.

Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata.
Masukkan buah tomato.
Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar.
Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih


Seronok tgk ayam masak sos siam ni tgl 2 ketul jerk..lepas ni bolehla CT buat lagi..en.Somi pun kata sedap tau...x sia2 Follow blog kakak sayang ..KAK ITA.

No comments: