Wednesday, December 7, 2011

KETUPAT GORENG

Pertama kali Ct melihat n dapat makan Ketupat goreng ni masa Ct belajar kt Batu Pahat dulu...mula2 rasa pelik tau ...eh apa ni???tpi bile Ct cuba makan ...owhh!!sedap boleh tahan..so sebelum nak masuk kelas pasti pegi breakfast dekat kedai makan depan tpt Ct belajar dulu..Urm...membuat kan daku rindula plak dengan teman2 lama..rumah kat Banang Heights [ Nana,Ecah n Deq Nor]...budak2 rumah White House...[ila,kay,nad,wawan,ecah,kak aida,syidot,mak edot n ina] WEiiii aku rindu Korang tau!!!!bilerla dpt jumper korang kan??ramai ha budak umah WHITE HOUSE...sampai 1 rumah tu 10 orang....tpi mmg best kawan ngn korang.

Lorrr...sedih la plak ...asalnyer nak cerita kat mana pestime makan ketupat goreng ni...hahahha..okey2 jom layan bahan2 yang Ct guna dalam memasak ketupat goreng ni yer...layanzzz!!!


KETUPAT GORENG

Bahan-bahan:-

Ketupat segera - 1 biji (yang besar - rebus dan sejukkan)
Bawang kecil - 4 ulas
Bawang putih - 1 ulas
Cili merah - 1 tangkai
Cili padi - 5 tangkai
Kacang panjang - 1 (dipotong kecil-kecil)

Karet di potong nipis (ikut suka selera masing2 nak potong macamne)
Sedikit Udang kering (CT guna udang basah)

Sedikit Ikan bilis
Kicap (1-2 sudu besar)

Cili Sos (2 sudu besar)
Garam secukup rasa dan juga gula
Minyak untuk menumis


Cara-cara

Potong ketupat (Dadu yang agak besar).

Kisar bawang kecil, bawang putih, cili merah dan cili padi bersama udang kering dan ikan bilis.

Tumis campuran bawang sehingga sedikit garing kemudian Tuangkan kicap , cili sos dan garam .masukkan sayur kacang dan karet. Kacau rata.

Selepas itu, masukkan ketupat yang telah dipotong. .

Kacau rata dan sedia untuk dihidang.



** Boleh tambah sayur lain kalo u olls suka..cth: kobis,sawi,kucai n toge..ikut suka korangla yer nk masuk sayur yang mana satu...nak masukan semua pun boleh...

No comments: