Salam sayang dari CT untuk semua, wah dekat2 lunch CT tayangkan popia goreng ni yer...lahai lapar plak perut CT. Popia goreng ni bolehla di buat untuk "TEA TIME" petang ni yer kawan2.Kebetulan kakak2 CT ada bertandang ke rumah CT, CT sediakan popia goreng tuk kami sekeluarga untuk menikmati popia goreng ni.Terima kasih pada my sis..along, angah + adik sbb ringan tulang.Kalo dah berkumpul 4 beradik mmg x berganjak ke ruang tamu..mmg port kt dapurla..x berhenti sediakan juadah n bersihkan keadaan dapur yang berselerak.LOVE MY FAMILY.
Okey jom kiter tgk bahan2 untuk buat popia goreng ni plak yer.
Bahan-bahan:-
- Kulit Popia 1 bungkus
- 1 biji Sengkuang ~ di parut
- 1 biji carrot ~ di parut
- Sedikit daun sup + bawang ~ di hiris
- ** Semua bahan di campur bersama sedikit garam kecuali kulit popia
- Sedikit telor/ bancuhan tepung bersama air untuk di jadikan bahan pelekat.(CT guna tepung gandum)
Cara-cara:-
- Setelah bahan2 sayur di campur, ambik sehelai kulit popia kemudian bolehla di letakkan di atas kulit popia dan gulung.
- Gunakan bahan pelekat untuk melekatkan gulungan popia tersebut.
- Bolehla di goreng.
Terima kasih kepada jiran CT ,Cik Liza a.k.a Norliza Rahim sbb dgn resepi beliau CT dapat buat topping tuk popia goreng ni.Terima kasih dear, teringat tahun lepas 2010 bulan ramadan kami sllu bertukar2 pinggan tuk juadah berbuka puasa.Sedap popia goreng c.liza, terbayang hingga kini keenakan popia beliau.Jadi CT lepaskan kerinduan nak makan popia c.liza CT mintak resepi tuk topping popia tersebut.Kalo ada tertinggal bahan tu maaf yer c.liza...ni pun main igt2 lupa jerk bahan2 die.Tapi rasanyer mmg SEDAP.Jom kiter pic2 yang telah CT snap.
TOPPING untuk popia goreng
Bahan-bahan:-
- 2 ulas bawang putih di ketuk dan di racik halus
- 2 sudu besar cili kisar
- 3-4 sudu besar cili sos
- 2 sudu gula merah
- Sedikit kicap manis
- Sedikit garam
Cara-cara:-
- Tumiskan bawang putih hingga kekuningan
- Masukkan cili kisar,tgu hingga garing
- Masukkan Cili sos,kicap..kacau hingga rata
- Masukkan Gula merah dan kicap
- Masukkan sedikit garam
NOTE: Letakkan kacang tanah dan juga bawang goreng lagi sedap tau!!!
** Kacang tanah di goreng tanpa minyak (sangai) hingga garing...buangkan kulit dan di kisar kasar (CT tumbuk guna lesung batu jerk)
No comments:
Post a Comment