Monday, October 31, 2011

Tempahan ni di order oleh Pitri dari Fb...selagi ku terdaya akan ku penuhi segala permintaan Customer Insyallah...:<3.Sebenarnyer kalo nk masukkan Pic tempahan terlalu banyak....lagi pun dunia blogging ku baru saja bermula...kalo di kelapangan nanti akan ku masukkan yer.



Kulit tart yang di tempah rakan FB..thnks yer pitri


Baby Sawi Masak Oyster

Sangat Sedap kalo makan di waktu HOT!!!
 Sumber: Najjah Bite's

Bahan-bahan
a) 3 ikat sayur bb sawi
b) 2 ulas bawang putih di potong dadu (goreng kan dahulu hingga kekuningan)
c) 3-4 sudu besar Sos Tiram
d) 3 sudu besar air
e) 1 peket tauhu Jepun - di goreng dahulu yer ( yang sllu dlm ingatan CT)
f) Cili Besar sedikit untuk hiasan

Cara-cara
- Panaskan Sedikit Minyak
- Masukkan Sos tiram
- Kemudian masukkan air...( kalo agak cair korang boleh tambah Sos tiram lagi yerk @ Sedikit tepung bancuhan tepung jagung tuk memekatkannyer)
- Masukkan BB sawi tadi
- Masukkan tauhu jepun yang di goreng tadi dan juga bawang putih yang telah di goreng
- Tgu seketika hingga kuah agak pekat dan bolehla di hidangkan bersama cili besar.

SELAMAT MENCUBA!!!!

G-hin Yang Suka Makan Tauhu Boolat2 hihihi

Kedondong BerSos Lemon

Kedondong Goreng..


KEDONDONG Bersos lemon...auw....masaemmm hehehhehe


Sumber: MY Sis( Norliza Hj.Mohd Usop)

Bahan-bahan

a) 3 biji Buah kedondong di potong nipis
b) 1/2 biji bawang besar di mayang
c) 2 ulas bawang putih di mayang
d) 15 ekor ikan bilis..(ct main jemput2 jerk)
e) 1/2 biji cili besar
d) 3-4 biji cili padi
e) 1/2 biji perahan air lemon
f) bahan perasa (garam n gula)
g) Daun bawang tuk hiasan

cara-cara
a) tumiskan bawang merah n putih
b) Masukkan hirisan cili besar n padi
c) Kemudian masukkan ikan bilis
d) Masukkan Hirisan Kedondong
e) Barulah masukkan perahan air lemon tadi
f) last sekali masukkan garam n gula
g) Boleh di hias ikut kesukaan anda.

SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!

Nasi Ayam BBQ


Nasi Ayam BBQ..sgt sedap pembuka selera Sos Ayam ni tau..

Sumber: My SIL (Wanie Ab.Razab)

NASI
a) masak nasi macam nak masak nasi ayam.
* basuh beras...masukkan air rebusan ayam/ pakai kiub ayam yang di larutkan dalm air panas..masukkan hirisan halia,serai yang di titik n daun pandan tuk wangikan nasi.

AYAM BBQ PERAP
a) ayam di potong kecil @ ikut kalian nak besar mana
b) bawang besar n bawang merah *
c) Halia *
d) Serai *
e)Jintan manis / Jintan putih *
f) Ketumbar di sangai dahulu *
g) semua bahan yng bertanda * di blend......masukkan garam n gula..
Perapkan ayam selama 4 jam< kalau semalaman lagi bagus...hhihihi sb die meresap menusuk ke dalam.

KUAH AYAM
a) bawang besar n bawang merah,halia,serai...di blend halus...tumis kan kemudian masukkan cili kisar sikit....dah agak kekuningan....masukkan cili sos...garam n gula.....masukkan air...tgu sampai kuah pekat ......siap tuk di makan....

Inila Rupa ayam BBq yang dah siap

CHOC OREO JELLY

Sedap terasa Oreo


CHOC OREO JELLY

By : Ros
Sumber:http://fromintankitchen.blogspot.com/

Bahan-bahan

1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara

- Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.

- Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.

- Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.

- Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.



Lebih Mudah kalo ade Mould Silikon sbb senang nk kuarkan

Bebola Ketam

Bebola Ketam Yang sangat Lembut


Bahan-bahan

a) 4-5 biji kentang medium (di rebus empuk)
b) 80-100g isi ketam @ 3-4 crab stick
c) 1/2 sk serbuk lada sulah
d) 1 sudu besar butter
e) 1 sudu besar mayonis
f) 1sk gula
g) garam
e) Masukkan cincangan carrot,daun sup n bawang (Optional)kalo ct letak daun sawi..stock yang ader mlm tadi

bahan2 tuk di salut
a) 1 biji Telur
b) Breadcrumbs
c) Tepung gandum@tpg jagung (ct guna tepung gandum ajer tau)

Cara-cara
a) Lecekkan ubi kentang yang di rebus tadi....kemudian masukkan dan gaul hingga sebati bahan2 di atas..

b) dah gaul sebati bentukkan ikut kesukaan anda.
c) kemudian sadurkan ngn tepung kemudian golekkan dlm telur barula masukkan dalam breadcrumbs....ulangi hingga bebola ketam habis..
d) goreng kekuningan...angkat dh hidangkan....SEDAP di makan bersama cili sos/mayonies/mustard..

** KALO CT makan ngn CILI SOS ajer dh sedap kikiki....

SELAMAT MENCUBA!!!!!!!

Agar-agar Lumut



Agar-agar lumut ni request dari Kak Ngah CT..mmg sedap tau...tgk semalam ramai tetamu Kak Ngah yang datang rata2 menyukainyer tau.Kalo Ade sesiapa yang terasa nk membuat bolehla follow resepi kat bawah ni yer...resepi ni pun ct ambik dari myresipi.

Kiter tgk Pic Yang sempat Ct Snap ni dulu yer.

AGAR-AGAR LUMUT

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 10 g agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 5 - 6 sb santan (saya guna santan kotak je)
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit esen vanila
  • sedikit pewarna hijau
  • 4 - 5 mug air - untuk memasak agar-agar (atau pun mengikut sukatan pada paket)

Cara-cara

  1. - masak/rebus air, agar-agar dan juga helaian daun pandan sehingga mendidih.
  2. - apabila mendidih, masuk kan gula, biar semua hancur @ sebati
  3. - dalam bekas lain, pukul telur, santan dan esen vanila, macam kita nak goreng telur dadar tu.
  4. - dalam larutan agar-aga tadi, masukkan pewarna hijau/ perasa pandan/ pandan emulco, gaul sebati.
  5. - akhir sekali masukkan telur yg kita pukul bersama bahan td ke dalam larutan agar-agar sambil di kocok/timbuk . maka akan terbentuklah lumut.
  6. - pesanan : pastikan anda kocok/ timbuk semasa memasukkan telur ke dalam agar2, kalau tidak lumut tidak menjadi.
  7. - sedap dan cantik... jadi cubalah.....

3 Kuntum si agar2 Lumut
Kesukaan G-hin

Monday, October 24, 2011

PIZZA NAJJAH'S

1 side bersos....1 side without sos

Pizza Kg dish from my soul....

PIZZA versi NAJJAH's Bite

Bahan-bahan tuk doh PIZZA
a) 1 sudu kecil yis
b) 1 sudu kecil susu tepung
c) 2/4 air suam

* Semua bahan ni di satukan n kacau hingga larut
d) 4 senduk Tepung gandum

Cara-cara
a) Pabila Bahan * di satukan ku masukkan tepung gandum n uli hingga menjadi doh..agak2 lembik ku tambah tepung sedikit.
b) Perap dlm mase 20 mnit hingga naik 2 kali ganda

Bahan-bahan Topping
a) 2 pcs Hot dog Di potong
b) 1 pcs Crab Finger
c) Sedikit potongan nenas
d) 3 pcs Cheesedale di potong2 kecil
e) 5 ekor udang

* Semua Bahan di atas ku taburi di atas doh Pizza..tpi sebelum taburi bahan2 ini kiter kene sapu dulu ngn bahan sos yer..

Bahan-bahan Sos
a) Bawang putih di potong dadu
b) 2 susu besar Cili sos
c) 1 sudu besar Totato Puri
d) Sedikit garam n gula

** Maaf u Olss ku main agak2 jerk sukatan tuk sos ni...

UDANG PEDAS NENAS BERLEMAK

khas tuk en.Somi baru balik dri oustation....hurm bertambah noo!!!

Bahan-bahan


a) Bawang merah n Putih
b) 20 ekor udang (di kopek kulit tgl bahagian ekor sahaja)
c) 1 mangkuk kecik potongan nenas
d) 1 sudu besar cili mesin
e) 1 sudu besar cili sos
f) 1 sudu besar sos plum
g) 2 tangkai cili kering di potong serong
h) 3 senduk santan
i) bahan perasa secukupnyer

Cara-cara
a) Tumiskan dahulu bawang hingga naik bau
b) Kemudian masukkan cili mesin...dah agak garing masukkan semua sos yang ada.
c) barula masukkan santan...santan dah agak pekat masukkan nenas potong ngn cili kering di potong serong tadi.
d) dh agak pekat kuah barulah masukkan udang n bahan perasa secukupnyer...
e) Tgu hingga udang masak n kuah menjadi pekat sedikit bolehla di hidangkan

SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!

Wednesday, October 19, 2011

Ikan Cermin Masak Tumis Sambal Belacan

kalo dpt masak pakai  ikan bawal lain sedap tau
Ikan Cermin mask Tumis sambal belacan...Halioowww!!!!!

Bahan-bahan:
a) Ikan cermin 2 ekor (U olls boleh guna ikan apa saja yang di minati)
b) 1 ulas bawang besar ** ( letak banyak lagi sedap manis)
c) 2 ulas bawang putih **
d) 1 biji Cili Besar**
e) 20 biji cili padi**
f) Belacan (ct boh lebih kurang dlm 1/2 SB)
g) Air Asam Jawa
h) Bahan perasa (garam + gula)

cara-cara:
a) Goreng dahulu ikan ...jgn terlalu garing yer...
b) Blend kan semua bahan2 yang bertanda **
c) kemudian panaskan minyak (kalo ct guna lebihan minyak goreng ikan tadi)
d) masukkan bahan2 yang di blend tadi....tgu hingga masak....
e) Barula masukkan Air asam Jawa tadi....n boleh la masukkan bahan2 perasa..kalo agak pedas bubuh gula lebih sikit yerk..(JGN AMALKAN SELALU hihihi)
f) Tgu sehingga kerng barula masukkan ikan....n hiasla mengikut citarasa anda.

SELAMAT MENCUBA!!!!!

SOMTAM NAJJAH

Sedap WEHhhh!!! tryla....dah cuba jgn lupa saya tau..
bahan-bahan
a) Mangga muda di parut
b) Carrot di parut
c) kacang panjang
d) 2 ulas bawang putik di tumbuk manja
e) 2 sudu besar gula perang
f) 1 sudu besar kacang tanah...nk letak lebih pun sodapppp
g) secubit garam
h) 1 1/2 biji perahan air limau NIPIS
i) 4 biji cili padi di tumbuk manja
j) 1 sudu besar udang kering
k) Kacang tanah Di sangai dahulu buang kulit
l) hirisan buah tomato (Optional...mlm tadi lupa taruk hehehhe)

cara-cara:
a) mula-mula tumbuk manja bawang putih...hgn kasi hancur lak...hihihi
b) masukkan cili padi di tumbuk manja
c) masukkan udang kering...tumbuk lagi
d) masukkan kacang panjang tumbuk manja
e) masukkan kacang tanah di tumbuk manja jugak
** dh tumbuk manja semua....barula masukkan parutan mangga n carrot...dn masukkan garam n gula perang tadi...last sekali perahan limau nipis tadi.....gaul2 hingga sebati....bolehla di hidangkan..

SELAMAT MENCUBA!!!!

AYAM MASAK LEMAK CILI API + Baby potato

Hari ni CT masukkan Ent3 baru...semalam terlebih rajin sangat,macam2 di buatnyer...so menu mlm tadi Ct masak ayam masak cili api...just nice masak cukup tuk 2-3 person jerk..sedapla agaknyer sbb en.somi saya bertambah nasi sampai 3 kali...tula hasil tangan seorang isteri kan..tpi G-hin layan Mee kuning 0 jerk...

Sedap....En.Somi bertambah 3 kali woo....:))

bahan-bahan
a) 4-5 ketul ayam
b) 1 ulas bawang merah *
c) 1 ulas bawang putih *
d) 4 biji buah keras *
e) 5 biji cili padi *
semua bahan bertanda * di tumbuk halus
f) 2 cawan santan
g) 5 biji baby potato...kalo nk pakai potato bese pun boleh
h) 1 batang serai di ketuk
i) garam ikut kemasinan mulut anda

cara-cara
a) masukkan santan dan jugak bahan tumbuk
b) kemudian masukkan kentang sbb nk kasi empuk dulu
c) Masukkan serai
d) masukkan ayam...sentiasa timbuk kuahnyer takut nanti pecah minyak
e) last masukkan garam
f) tgu hingga ayam sudah empuk..bolehla di hidangkan

SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!

Muffin

Minimum Order: 30pcs
Harga: Rm 1.00
Packaging: +0.20
Perasa: Pandan, Coklat, Pisang



Shell Tart/Crust

Minimum Order : 100pcs
Harga: 0.40/pc
Size: 5cm


Kulit Tart yang telah siap di bakar

Pandangan Sudut atas


Cheese Tart




CHeese Tart

Minimum Order: 30pcs
Harga :
a) Cheese Tart filling: Bluberry,Starwberry, Kiwi,Manggo,Coklat :Rm 1.00/pc
b) Fruit Tart: RM 1.50/pc
c) Tart Telor : RM0.80/pc
d) Size: 5cm

fiiling Blueberry

Filling Coklat ganache

Fruit Tart

Tart Telor

Filling Blueberry

Cream Puff





Minimum Order: 35 pcs/1set
Harga:
a) Filling Kastard : RM 21.00
b) Filling Coklat Ganache: RM 23.00


CReam Puff Filing ganache

CReam Puff filling Kastard

2 jenis filling yang di sediakan

Apam Dot-Dot

Kepada mereka yang berminat untuk meng order apam dot bolehla terus menghubungi saya di talian 019-3565824

Minimum order : 30pcs
Harga:
a) RM 0.30/pcs -ada filling
b) RM 0.25/pcs - X filling

filiing: sekaya,blueberry,strawberry, coklat, manggo, dan juga kiwi
Warna: atas pilihan pelanggan





Apat dot2 versi blue-oren

sesuai di jadikan Door gift Untuk sebarang majlis

Wednesday, October 12, 2011

KEK KARAMEL

Pandangan SISI.....auw..tertarik tau..!!!

Harga: RM 30.00
Berat: 1KG

** Kepada mereka yang nk order 500g pun boleh juga..saya sedia menerima ordering dri anda semua

Harga: RM 17.00
Berat : 500g

Monday, October 10, 2011

AYAM MASAK PANDAN

AYAM MASAK PANDAN
Ayam masak Pandan...
** AYAM di goreng dahulu kekuningan**

a) Tumiskan bawang merah,putih ,jintan manis n halia yang di tumbuk..
b) kekuningan masukkan daun pandan n daun kari
c) masukkan cili kisar sedikit
d) tgu cili dah masak...masukkan cili sos n kicap...
e) kalo mahu berkuah masukkan sedikit air...jgn lupa masukkan secubit garam n gula..
f) Agak dah pekat masukkan ayam yang telah di goreng tadi...gaul hingga rata
g) Dekorasi mngikut kreativiti anda....selamat mencuba..

RESEPI KETAM SI HITAM MANIS

RESEPI KETAM SI HITAM MANIS
FirsT:goreng  dulu ketam tu tau...........Then tumiskan bawang putih n merah sampai kekuningan...masukkan sedikit cili kisar,nak pedas lagi ketuk cili padi masukkan sekali..agak dah masak cili tu masukkan sos tiram,sos cili n kicap.....kalo rase nak berkuah masukkan sedikit air...kemudian masukkan garam n gula sedikit...agak kuah dah nampak pekat masukkan hirisan bawang besar n buah tomato.....kalo nak rase sour masukkan perahan limau kasturi/lemon....n hiasla mengikut citarasa anda...(*^) SELAMAT MENCUBA.