Monday, October 31, 2011

CHOC OREO JELLY

Sedap terasa Oreo


CHOC OREO JELLY

By : Ros
Sumber:http://fromintankitchen.blogspot.com/

Bahan-bahan

1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara

- Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.

- Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.

- Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.

- Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.



Lebih Mudah kalo ade Mould Silikon sbb senang nk kuarkan

2 comments:

Azlita Aziz said...

Assalamualaikum Najjah..

Cantik oreo jelly tu..

Pulak bila menggunakan mould yang berbentuk bunga.. nampak berseri2..
akak pun rasa dah tergoda lagi dah ni.. :D

najjahomesweetiest-bites-yummy said...

terima kasih kak ita..semua ni hasil tunjuk ajar kak ita tau..sangat2 sedap kak jely oreo...wallah...sangat2 suka dgn hasil kerja kak tau.