Tuesday, January 17, 2012

KUIH DANGAI BERINTI DURIAN





Assalamualaikum dan salam petang buat semua....dah mula dok fikir ke nak makan apa petang ni?Kalo CT dok kat opis jerla, kalo nk buat balik keje ni baru boleh buat..tpi semalam lepas balik keje lepas en.Somi pegi keje sbb die shift malam....CT pun terus la gode2 kat dapor..pulak tu G-hin pun main elok jer sorang2 CT pun terusla jengah ke dapur siapkan DANGAI ni....penyediaan yang agak mudah...

TERIMA kasih pada KAK CHEK sbb sudi kongsikan resepi kuih dangai ni..macamane CT boleh gode2 kt dapur Kak Chek???ooo...hari tu kan dekat Blog kak Azlita a.k.a MASAM MANIS ada buat Cupcakes Butterfly , CT terpandang darimana la Kak Ita dapat resepi ni...so CT pun Clickla dekat blog Kak Chek yang telah Kak Ita give Back link kan....so melawatla ke dapor Kak Chek terus berkenan nak buat kuih dangai ni....

Pada mereka yang nak mencuba resepi kuih dangai ni yang dah semakin kurang kiter dapati sekarang bolehla mencubanyer dengan sendiri.Dulu masa kecik suka makan kuih ni....dah besar ni pun boleh lagi makan sbb dekat PASAR MALAM area umah CT ada orang menjual tpi versi x der intila .....Untuk ACU sedap x??acik tahu ni kuih kegemaran acu..dan TERIMA KASIH juga pada manager adik CT yang sudi bagi kami makan buah durian yang sangat2 sedap.So hasil dari baki durian yang ada CT gunakan buat Inti kuih dangai ni.





RESEPI KUIH DANGAI
 
Sumber: KAK CHEK

Size loyang yang CT gunakan 7inch x 7inch
Bahan-bahan:-
  • 3 cawan padat kelapa parut muda (putih dia je tau....)
  • 1 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit air...
  • 5 - 6 sudu besar inti kelapa durian....
** Kepada mereka yang ingin resepi inti bolek click di SINI @ pun boleh lihat di bawah CT dah C & P kan kat bawah ni yer....Kak Chek CT mintak izin tuk tepek resepi Kak Chek dalam dapur kecil CT ni yer..TERIMA KASIH Kak....Kalau bagi mereka yang x nak guna inti boleh di gantikan dengan 2 sudu besar gula melaka yang telah di racik halus + 2 sudu besar gula pasir..( Ini dari Nota Kak Chek yang CT telah salin semula)


Bahan-bahan untuk Inti:-
  • 1 biji kelapa parut ....( putihnya sahaja....)
  • 10 ulas durian...( masak sekali ngan biji2nya...tapi kalau nak amik isinya je tak de hal..boleh je..)
  • 2 sudu besar gula pasir..
  • 1 ketul gula melaka diracik....( saiz sederhana besar...pun kes lupa nak timbang....)
  • 1 cawan air..
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 2 helai daun pandan disimpulkan....
Cara-cara:-
  • Masak air bersama gula..gula melaka...durian dan masukkan simpulan pandan...
  • Kacau hingga gula larut dan adunan sebati bersama durian sampai agak likat...
  • Masukkan kelapa parut....kacau sebati...masukkan tepung ubi kacau lagi sehingga inti agak pekat dan tidak melekat lagi dikuali....kira ok dah inti tu....masak dah ..tutupkan api...ketepikan kejap ....




Cara-cara Peyediaan Kuih Dangai
  • Kelapa parut digaul bersama tepung pulut...garam dan  gula pasir...gaul rata dan digemburkan sambil direnjiskan sedikit air...
  • Bahan yg di gaul dibahagi kepada dua bahagian....
  • Sediakan loyang ( saiz atau bentuk loyang ikut citarasa memasing k )...sapukan shortening kedlm loyang...masukkan bahagian pertama kedlm loyang....dimampatkan tapi jangan terlalu padat sgt...memadai ditekan sikit2 je.....letakkan inti kelapa durian keatas lapisan pertama dan diratakan.....lapiskanlah bahagian yg kedua diatasnya....tekan2kan ...jgn tekan padat sgt k....renjis2kan air keatasnya.....
  • Panaskan oven 180 darjah celcius.....bakar selama 25 - 30 minit.....atau sehingga kuih masak
 --->> permukaan kuih akan kelihatan keperangan sedikit bermakna kuih dangai dah masak dan bolehla di hidangkan tapi pastikan kuih tu sejuk dahulu yerk..baru potong.








2 comments:

Melly Octaviana said...

pasti yummy , berinti durian juga.. btw salam kenal dari melly,follower no.39

najjahomesweetiest-bites-yummy said...

aii melly...salam kenal darri saya jugak..terima kasih sudi menjengah teratak buruk saya ni...harp kiter dapat share dalam bidang yang kiter minati ya..