Tuesday, January 10, 2012

SOTONG SAMBAL





Bahan2:
10 tangkai chili kering
2 sudu gula
sedikit garam
3 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar.
sesenduk minyak masak.
Sotong 4 ekor ( CT guna sotong yang kecik2, tpi melebihila dari 4 ekor)
** CT Tambah buah tomato di potong

Cara.
1-guntingkan chili dan rendam dalam air panas sebentar. toskan dan cuci.
masukkan dalam blender dan kisar halus bersama secawan air.

2-panaskan minyak dan tumiskan chili. masukkan 1/2 air lagi kedalam kuali.Biar mendidih perlahan lahan sehingga keluar minyak (lebih kurang 1/2 jam).

3-Kisar bawang putih dgn bawang merah.

4- Siang sotong,buangkan kulit , potong kecil dan ramas dengan asam keping/gelugor. Bahagian kepala sotong,dibuang punatnya. cuci bersih2. (CT x potong sbb guna sotong yang comel2)
5- Kaut dan balik2 kan chili yg sedang dimasak, biar mereneh sehingga agak pekat. masukkan bawang yg telah dikisar.gaul2kan dan biar sampai agak kering sambalnya.

6- Masukkan sotong. Jangan tambah air kerana sotong akan menghasilkan air. Pastikan api perlahan. Tutup kuali dgn penutup periuk. biarkan 5 minit lagi, gaul sesekali.Masukkan potongan buah tomato.

7- Tambah gula dan garam. gaulkan rata dan angkat.InsayAllah sotong itu akan lembut isinya.Boleh tambah sesudu air asam jawa jika suka masam.

selamat mencuba.






1 comment:

ciK puaN finaS said...

aku berkenan kat pinggan ko la siti....hahahaha