Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

APAM BALIK



Bismillahirrohmanirohim..Salam semua dan di harapkan semuanyer sihat...penat dok buang sawang kat dapur CT ni..haishhh mana x nyer dah 2 minggu lebih CT x jenguk dapur...walaupun masak tpi x MOOD nk update N3.Macam2 perkara nak di selesaikan..semua yang berlaku pasti ada hikmahnyer...AMIN.

Dengan Siapkan Order, Dengan nak kene pindah, Dengan pergi JolaJoli ke Penang....tpi semua tu adalah takdir yang telah Allah tentukan...Okey Jom CT nak sharekan 1 resepi apam balik yang membuka selera CT tuk mencubanyer...WOWWwwww sedap, lembut, dan sangat sedap lagi!!!..terima kasih kepada NITA sbb sudi share kan resepi apam balik ni...dah 3 kali CT buat tau apam balik ni ikut resepi NITA..tekstur die yang lembut x seperti rasa di PASAR MALAM...mungkin diorang nk berniaga jadi penjimatan tu la kot diorang gunakan...kalo nk berniaga ni mau mahal nk letak harga...hehehhe pepandai jerk kan CT ni???

Bagi sesiapa yang teringin nak buat apam balik boleh jenguk2 kat bawah yerk...lepas ni dah boleh buat sendiri sbb penyediaannyer yang agak mudah...dan proses nk membuat pun x makan masa yang lama...cuma nk kene perap 1 jam tu la kot..tpi masa CT buat kali ke-2 hari tu...x sempat nk perap sbb MIL sampai jadi terus la buat..kalo tgu 1 jam x sempat pulak MIL CT nk makan...sbb nak terus balik ke JB...alhamdulillah menjadi n lembut...(derhaka sikit sbb x perap hehhehehe...sbb urgent kan)

P/s: X RUGI MENCUBA TAU...




Sumber: NITA

Bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit warna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder

Cara2: Pukul telur & gula hingga kembang. Kemudian masukkan semua bahan yg lain. Adunkan sehingga sebati. Ketepikan dan perap selama 1 jam.

Bahan2 utk inti.
Gula
Mentega
Kacang tumbuk
Creamcorn


Bila adunan dah diperam selama sejam, panaskan kuali non stick. Amik sesenduk adunan tepung, tuang ditengah kuali..ratakan kebahagian tepi. Terpulang nak wat tebal mana. Tapi rasanyer resepi ni..lagi sedap utk yg garing. aku dah tolong test kan dah...Tutup dgn tudung kuali atau apa saja yg buleh menutup kuali tu sehingga setengah masak. Lepas tu buleh la tabur mentega, gula, kcg tumbuk & creamcorn.Bila dah garing, buleh la lipat dan angkat.

* resepi Creamcorn utk org yg x jumpa mcm aku...

Bahan2:

1 tin sweetcorn
1/2 cawan freshmilk
2 tbs gula
1 biji kuning telur
2 tbs tepung kastard

Cara2: Campurkan semua bahan dlm sauce pan & masak sambil pecah2kan jagung tu.



G-HINNN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!adoiiyaiii....kan dah lompong apam balik ibu buat ni...G-hin: erm...dap , dap ,sedap sambil mengangguk kepala..

Teksturnyer yang lembut....auwww memikat tekak CT...kalo dapat si kenit G-hin tu , kalo nak tahu, die akan bukak lipatan apam balik ni ..dok cubit2 ambil sweet corn dalam lipatan apam ni...alahai anak oiii....ibu buat soh makan apam ni la....die dok bantaii makan jagung jer....sebenarnyer g-hin ni peminat jagung...tu yang dok makan jagung jerk.









Thursday, December 29, 2011

APAM MEKAR


APAM MERKAH/MEKAR...

Sumber: Kak Zuriani Alias (FB)


bahan2

200 gm gula castor
2 biji telur
1 sudu teh ovellete
1 tsp esen vanilla

250 gm tepung gandum
1 cawan aiskrim soda




cara-cara

1. putar telur,gula dan ovellet hingge kembang dan berkrim
2 masukkan esen vanilla.
3.masukkan tepung berselang seli dengan aiskrimsoda.
4. bahagikan kepade beberape bahagian
5. letak pewarne dan paste yang di sukai
6.kukus selame 7 minit


Friday, December 2, 2011

PUTERI AYU

Apam ni dah lama buat..baru hari ni dpt masukkan N3 kt blog ni...rasa die mmg sedap..rindu plak nk membuat nyer...masa mula2 buat ni kawan sekerja suami ct rajin dok order sbb sedap katernyer...plak besau2.
g-hin pun suka makan kuih ni...tpi biler kiter buat sesuatu dah menjadi rasa girang x terkata, pulak kalo orang memuji kata sedap, lagila rasa aaaaahhhaiiiiiiiii!!!!!!sejuk hati mendengarnyer..tpi kalo rasa x sedap tu kiter harus perbaiki apa yang menjadi kelemahan kiter.

MARAIII.....maraini andai kamu membaca N3 ni dku berharap kamu terkenang kuih apam yang telah kamu rasai dulu yerk...



Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan)

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan

Apam Dot-Dot

Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )
  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum*
  • 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 220 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
  2. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih) 
  3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Picitkan blueberry filling secukupnya
  4. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
  5. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  6. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  7. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.