Showing posts with label DeSSerT. Show all posts
Showing posts with label DeSSerT. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

STRAWBERRY SMOOTHIE

 
Assalamualaikum , cepat je dah petang kan....hurm...jap lagi kiter mula jadi cleaner di opis ni erk....malas toii nk chase payment...esokla kot buat hehehhe...petang2 ni sedap kalo dapat bender2 yang sejuk dan berais kan?
 
Masa dok calling ngn kak long sembang2 ngn die, ceritala kat rumah CT banyak stock strawberry lebihan dari buat PAVLOVA tuk customer, tu yang buat smoothie ni...apala rasanyer yerk...kalo korang nk tau rasa tryla....kot2 kene dengan tekak korang..mencuba itu satu perkara yang baik....cuba perkara baik3 je tau. (^^)
 
 
 


Tengokkkkkk segar kan , merah nyala...suka beli kat uncle kt tpt laki CT keje 



STRAWBERRY SMOOTHIE

Sumber: HANA & My Sis Kak Long
  
Bahan-bahan
2 cawan susu segar
1 cawan Strawberry segar
1/2 cawan yogurt plain ~ CT guna Yogurt berperisa Strawberry n Vanilla
1/4 cawan gula
1sk esen vanila - x ltk ~ CT x letak
10 ketul kiub ais atau lebih
 
 





Cara-cara:

1. Blend semua bahan hingga smooth.
2. Tuang ke dalam gelas dan hidangkan.
 
 

Friday, December 9, 2011

MANGGO PANNA COTTA





WAHHH!!!! awak nampak kuning la arini...hehhehe..Salam pada semua..dah lama nak try buat manggo panna cotta nii tau..bahan2 dah ada..tpi kalo dh M tu besar sangat mmg x kan terbuatla kan?Akhirnyer dapat juga CT merasa sedikit tadi sebelum p opis..balik ni baru nak jamah elok sikit..tpi kalut juga sbbnyer nak kene hantar order.

Ucapan terima kasih pada blog Masam Manis kak ita...bile dok belek 2 resepi kat blog kak ita hati teringin jerk nak buat dessert ni tau..sbb memikirkan bahan2 semua ada...tu yang buat.So korang jamah2 dulu yer nengok gambar manggo panna cotta ni.


MANGGO PANNA COTA

Sumber: http://fromintankitchen.blogspot.com/ 

Bahan-bahan:-

7 gm gelatin
3 camca besar air
2 1/2 cwn susu segar
1/4 cawan gula halus
1 camca teh esen manggo
1 biji manggo  di potong dadu atau hiris
1 biji manggo lagi dikisar halus
** KIWI tu ct saja jerk letak hiasan hehehhee kalo korang x letak pun x per...
Cara-cara:-

Bancuh gelatin bersama air hingga larut
masak susu segar bersama gula sehingga timbul buih2 kecil
Angkat susu dari api dan masukkan esen manggo serta larutan galetin.
Tunggu sehingga sejuk sedikit.
Susun manggo yg telah dihiris di tepi gelas, dan tuang panna cota dalam gelas tersebut.
Simpan dalam peti sejuk semalaman
Bila telah keras letakkan puri manggo diatasnyer. Makan sejuk2 memang best!...betul kata kak ita makan sejuk2 best tau...balik ni CT nk pulun makan sebelum anta order apam dan juga cream puff di Batu Caves dan juga Tasik Permaisuri, Cheras.



 Tengokla Puri manggo tu ...haishhhh sedap... CT colek sikit puri tu tuk rasa ...yummmer so sedap wehh!!!!jaga la ko balik kang habis daku kejerkan...ekekkeke..apa lagi kengkawan jomla buat...mudah  n senang tau..

Tuesday, December 6, 2011

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN


BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home

8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
200 ml air
1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul

Sediakan loyang 8 inc dan gris loyang dengan sedikit butter
Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang
Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
Balut tutup loyang dengan aluminium foil
Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit.
Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.

Thursday, December 1, 2011

PUDING ROTI BERSOS KASTARD


Hidangan ni sebenarnyer terasa ct nak buat sbb masa bulan ramadhan baru2 ni ct ada ternampak dekat bazar ramadhan dekat T.T.D.I ada orang jual....wah........mmg tgk bekas bersusun2 habis!!!!!dalam hati terdetik bila la daku dapat berniaga macam ni ( berangan x sudah nak berniaga) So ambik keputusan nak buat...alhamdulillah menjadi bile buat masa tuk santapan hari raya masa jiran sekampung bertandang dekat umah ct di Sini.

Biler menjadi Ct uploadla Pic kt fb ....Bile dh upload adala kawan lama ct order....rasanyer dalam 2 kali jugak kawan lama ct ni order...thnks yer Yong sbb sudi order ngn akak.:))

Macamana Ct boleh dpt resepi ni sbb ct pegi Skodeng dekat umah kak hana....thnks yer akak sb share kan resepi ni..biler ternampak jer pic n resepi apa lagi cepat2la daku ni print resepi....nk buat.So pada mereka yang pernah bertanya resepi kat bawah ni ada resepinyer ye.

Sumber: hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis
Cara-cara:-
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.


Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  2. Tuang ke atas puding roti tadi.

Tuesday, November 29, 2011

PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT



Bahan:-
(A)
1 tin susu cair (*ummi guna Nestle Ideal)
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila


(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat


(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu


Cara Membuat:-
Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 6" x 3" tggi). Masukkan 1/2 cawan (*ummi letak 3/4 cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga maska. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.
 Dapat makan time sejuk2 uihs.....sangat menyelerakan tau.



Bila siap jerk..terus terbalikkan....aduss...kecur air liur...hurm...si kenit g-hin pun x sabar nk makan ...so siapla sepinggan tuk dia...biler uper balik dari keje sejuk mata memandang tgk...laju jerk makan...thnks sayang makan banyak2 kikikiki...

Tuesday, November 1, 2011

PENGAT PISANG MASAM MANIS


Last week Abah + Emak mai datang KL...saja melawat anak cucu katanyer...dari Kulit pisang tu warna hijau sampai dah bertukar Si tompok kuning. Kalo x di proses sayang plak kan..so mlm tadi decidela nk buat PENGAT pisang ni.So hopefully u olss yang mana rase tingin nak buat boleh tgk2 bahan kat bawah ni yer.



Sumber : Najjah's Bite

Bahan-bahan:

a) 5 biji Pisang di potong serong (Ct guna pisang nangka)
b) 1 kotak santan KARA
c) 4 Sudu besar gula merah ** Kalo x nak manis boleh kurangkan sukatan
d) 4 Sudu besar gula pasir ** Kalo x nak manis boleh kurangkan sukatan
e) 4 Sudu Besar sagu ( Di rendam terlebih dahulu n tapis )
f) 500 ml air
g) 1-2 helai daun pandan



a) Masukkan santan dengan Sukatan air, daun pandan dan gula melaka
b) Masak dengan api kecil sehingga gula melaka larut
c) Kacau santan jangan sampai santan mendidih
d) selepas itu masukkan pisang, sagu
e) Masak sehingga sagu nampak jernih
f) Sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA!!!!!

Monday, October 31, 2011

CHOC OREO JELLY

Sedap terasa Oreo


CHOC OREO JELLY

By : Ros
Sumber:http://fromintankitchen.blogspot.com/

Bahan-bahan

1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara

- Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.

- Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.

- Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.

- Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.



Lebih Mudah kalo ade Mould Silikon sbb senang nk kuarkan

Agar-agar Lumut



Agar-agar lumut ni request dari Kak Ngah CT..mmg sedap tau...tgk semalam ramai tetamu Kak Ngah yang datang rata2 menyukainyer tau.Kalo Ade sesiapa yang terasa nk membuat bolehla follow resepi kat bawah ni yer...resepi ni pun ct ambik dari myresipi.

Kiter tgk Pic Yang sempat Ct Snap ni dulu yer.

AGAR-AGAR LUMUT

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 10 g agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 5 - 6 sb santan (saya guna santan kotak je)
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit esen vanila
  • sedikit pewarna hijau
  • 4 - 5 mug air - untuk memasak agar-agar (atau pun mengikut sukatan pada paket)

Cara-cara

  1. - masak/rebus air, agar-agar dan juga helaian daun pandan sehingga mendidih.
  2. - apabila mendidih, masuk kan gula, biar semua hancur @ sebati
  3. - dalam bekas lain, pukul telur, santan dan esen vanila, macam kita nak goreng telur dadar tu.
  4. - dalam larutan agar-aga tadi, masukkan pewarna hijau/ perasa pandan/ pandan emulco, gaul sebati.
  5. - akhir sekali masukkan telur yg kita pukul bersama bahan td ke dalam larutan agar-agar sambil di kocok/timbuk . maka akan terbentuklah lumut.
  6. - pesanan : pastikan anda kocok/ timbuk semasa memasukkan telur ke dalam agar2, kalau tidak lumut tidak menjadi.
  7. - sedap dan cantik... jadi cubalah.....

3 Kuntum si agar2 Lumut
Kesukaan G-hin

Monday, October 24, 2011

PIZZA NAJJAH'S

1 side bersos....1 side without sos

Pizza Kg dish from my soul....

PIZZA versi NAJJAH's Bite

Bahan-bahan tuk doh PIZZA
a) 1 sudu kecil yis
b) 1 sudu kecil susu tepung
c) 2/4 air suam

* Semua bahan ni di satukan n kacau hingga larut
d) 4 senduk Tepung gandum

Cara-cara
a) Pabila Bahan * di satukan ku masukkan tepung gandum n uli hingga menjadi doh..agak2 lembik ku tambah tepung sedikit.
b) Perap dlm mase 20 mnit hingga naik 2 kali ganda

Bahan-bahan Topping
a) 2 pcs Hot dog Di potong
b) 1 pcs Crab Finger
c) Sedikit potongan nenas
d) 3 pcs Cheesedale di potong2 kecil
e) 5 ekor udang

* Semua Bahan di atas ku taburi di atas doh Pizza..tpi sebelum taburi bahan2 ini kiter kene sapu dulu ngn bahan sos yer..

Bahan-bahan Sos
a) Bawang putih di potong dadu
b) 2 susu besar Cili sos
c) 1 sudu besar Totato Puri
d) Sedikit garam n gula

** Maaf u Olss ku main agak2 jerk sukatan tuk sos ni...