Showing posts with label UdaNg. Show all posts
Showing posts with label UdaNg. Show all posts

Friday, February 3, 2012

FIRECRACKERS SHRIMPS



Salam di hari Jumaat yang indah, Sihat semua??harap2 semua sihat hendaknyer..Hari ni CT nk sharekan resepi udang salut kulit popia yang telah CT buat minggu lepas...hihihi N3 perapan ni, lagi di perap lagi sedap yerk?Bukan apa Mood nk memasukkan N3 semua tergendala bila dpt surat pindah kan...uwaaaaaaaaaaaaa!!!nangis jap sbb dapat terbayangkan betapa penatnye nanti nak pindah...tapi semua ada hikmahnyer..PERCAYALA CT!!

Sebenarnyer dah kebuntuan tika nak memasak juadah makan malam tempoh hari...jadi CT skodengla di blog Kak Nora...wow memikat hati ku tuk mencuba...ok pa lagi balik terus ke kedai merempit bersama bujang kenit ku ke PASARAYA SEGI...Thnks sayang ibu temankan ibu g beli kulit popia..(dlm hati G-hin syiookknyer dapat ronda-rondi naik motor)

Kak Nora CT minta share kan resepi nyer tuk tatapan CT di kala nk membuat nyer semula nanti..dan juga pada rakan2 yang nak mencubanya..C & P jerk yerk...hihihi ( tandanyer orang malas tu  ekekekke)..jom ..jom...jom...kiter tgk kat bawah.







Sumber: MOMOTEMUK

FireCracker Shrimps


Bahan Bahannya

Kulit popiah secukupnya
1/2 kilo udang
( lebih jika mahu, buang kulitnya dan tinggalkan ekornya )

Bahan perap udang

2 biji bawag putih ( tumbuk halus )
1cm halia ( tumbuk halus )
1 tsp minyak bijan
1 tsp kicap cair
1 tsp sos nampla ( original recipe takde )
1 tsp chilli sauce
2 tsp tepung jagung

Gaul semua bahan kedalam udang dan perap dlm 1/2 jam
Sesudah perap, keringkan sebentar udang diatas paper towel then ambil sekeping kulit popiah lipat 3 segi letak udang diatas dan gulung ketat. Seal kulit popiah bersama bancuhan tepung gandum & sedikit air
( dijadikan paste )

Goreng diatas api sederhana
Goreng garing
Enak dimakan bersama sos cili Thai






Sedap juga ni kalo dok tgk tv meratah si udang popia ni...hihihi tau2 dah tgl ekor....agak2 kalau ekor tu rapuh sampai ekor pun hilang...hehehhehe..tau2 bunyi blurrrppp!!!alhamdullillah kenyang.





Tuesday, January 17, 2012

MASAK LEMAK CILI PADI TEMPOYAK UDANG



Resipi Masak Lemak Cili Api Tempoyak Udang

resipi asal dari: Buku Resipi@Prima keluaran Karangkraf
Sumber:BLOG RESEPI

Bahan-bahan:-
  • 1 kg udang dibuang kulit (resipi asal menggunakan daging salai) ~ CT x buat
  • 1 helai daun kunyit, di hiris
  • 100 gm bawang merah (dikisar halus)
  • 50 gm bawang putih (dikisar halus)
  • 40 gm kunyit hidup (dikisar halus)- boleh juga guna serbuk kunyit
  • 60 gm cili padi (dikisar halus)
  • 3 batang serai (dititik)
  • 500 gm tempoyak
  • 1 kg santan
  • 250 ml air
  • Asam Keping ~ CT tambah sbb tempoyak kurang masam hehhee..
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula jika perlu
Cara-cara:-
  1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama air ke dalam periuk dan dimasak sehingga kering dan pekat.
  2. Kemudian masukkan santan, serai yang dititik dan daun kunyit. Kacau supaya santan tidak pecah.
  3. Masukkan tempoyak dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan biarkan mendidih. Tambah sedikit gula jika perlu.
  4. Masukkan Asam keping
  5. Akhir sekali, masukkan udang tadi. Biarkan mendidih seketika dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.




YES!!! saya dapat makan udang masak tempoyak...hurm sedap...tpi sedap lagi Tempoyak Kedai Kak Ana buat...egegegegge, Kak Ana apa rahsia kak ana masak...sedap tau...sapa 2 nk makan kat kedai Kak Ana bolehla pergi singgah kt Food Court Sri Damansara...GERAI Kak Ana.Beliau menjual makanan kampung..ulam-ulaman....sambal belacan..mmg kegemaran i tau hehehhe...






Wednesday, December 28, 2011

UDANG + AYAM SAMBAL PETAI



Ini lauk CT masak untuk makan malam tadi...x der idea nak masak apa....nak masak kerutuk ayam...x der plak santan dekat dapo.....nak pegi kedai malas, igt nk masak kerutuk ayam dari resepi kak ummi...tapi perap dulula yer resepinyer...tgu stock dah cukup baru boleh kiter buat..

Jadi malam tadi main campak jerk bahan2nyer.JOmla tgk resepi kat bawah ni yerk...

UDANG + AYAM SAMBAL PETAI

Bahan-bahan HERO: UDANG, AYAM( ayam boleh di goreng sebentar) dan PETAI
** Petai di buang kulit / x buang pun  x pe..

a) 1 ulas bawang besar ** ( letak banyak lagi sedap manis)
b) 2 ulas bawang putih **
c) 1 biji Cili Besar**
d) 20 biji cili padi** ( Kalau agak pedas kurangkan kuantiti cili padi)
e) Belacan (ct boh lebih kurang dlm 1/2 SB)**
f) Air Asam Jawa
h) 1 biji buah tomato di  pottong kecil
g) Bahan perasa (garam + gula)

Bahan-bahan bertanda ** di mesin halus.

Cara-cara:-

a) Tumiskan bahan yang di mesin halus tadi..tunggu hingga garing
b) Masukkan Isi ayam...tgu hingga ayam agak masak.
c) Kemudian Masukkan garam dan juga gula...tahap kemasinan dan juga manis adalah pilihan anda
d) Masukkan perahan air asam jawa.
e) Masukkan udang
f) Masukkan Petai dan juga buah tomato.
g) Tgu hingga kuah agak pekat dah boleh la di hidangkan.

** OPTION**
Kalo agak nak berkuah tambahla sedikit air yer.




Tuesday, November 29, 2011

SAMBAL UDANG SALAD MANGGA


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 8-9 batang cili kering (nak sambal lebih banyak dan lebih pedas, boleh lebihkan)
  • 4-5 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Udang Segar (saiz mengikut keperluan)
  • Minyak untuk menumis, gula, garam..
  • 1 Labu Bawang Besar-Dihiris
  • 1/2 biji parutan mangga
  • 1-2 sudu besar sos cili

Cara-cara

  1.  Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direndam didlm air)..kisar hingga hancur bersama-sama dengan air..
  2.  Panaskan minyak..bile sudah panas masukkan bahan yg telah dikisar..
  3. Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan udang..gula dan garam..lebihkan gula utk mendapatkan rase yg lebih manis.. 
  4.  Masukkan cili sos..biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris..tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat..(kepekatan sambal ikut suka..)
  5. Tutup api dan masukkan parutan mangga.
  6. Hidangkan..

Monday, October 24, 2011

UDANG PEDAS NENAS BERLEMAK

khas tuk en.Somi baru balik dri oustation....hurm bertambah noo!!!

Bahan-bahan


a) Bawang merah n Putih
b) 20 ekor udang (di kopek kulit tgl bahagian ekor sahaja)
c) 1 mangkuk kecik potongan nenas
d) 1 sudu besar cili mesin
e) 1 sudu besar cili sos
f) 1 sudu besar sos plum
g) 2 tangkai cili kering di potong serong
h) 3 senduk santan
i) bahan perasa secukupnyer

Cara-cara
a) Tumiskan dahulu bawang hingga naik bau
b) Kemudian masukkan cili mesin...dah agak garing masukkan semua sos yang ada.
c) barula masukkan santan...santan dah agak pekat masukkan nenas potong ngn cili kering di potong serong tadi.
d) dh agak pekat kuah barulah masukkan udang n bahan perasa secukupnyer...
e) Tgu hingga udang masak n kuah menjadi pekat sedikit bolehla di hidangkan

SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!