Saturday, January 7, 2012

MEE LADNA



Salam di tengahri kalian...wah hari ni hari Sabtu..ramai la yang kuar menenangkan jiwa kan?Cuti2 ni...time tuk relakskan minda. Hari ni Ct nk Share kan Mee Ladna...hurm...Slurrpp!!!Sedap bagi anak tekak CT,En.Somi dan juga adik CT ..ACU.G-hin pun sama tapiiiiiiiiiiiii!!!!!si bujang kenit CT x makan ngn kuah ladna tu..die dok tibai makan mee ngn kicap CT goreng tu....mula2 acu die bubuh tuk die dalam pinggan...kejap jerk habis..." Nak Mee"..ok tambah lagi...." Nak Mee"..tambah lagi...dalam hati hai....sedap ke mee ngn kicap jerk???masuk ke 4 kali ...: "Nak Mee agi", B....sedap ke? suka yerk?tanya CT dekat G-hin..seronok tgk keletah die...pulak selera sungguh die..G-hin mmg suka makan mee...pelik sikit die ni..kalo makan mee die x suka berkuah...makan gitu jerk..kadang CT basuh jerk ngn air panas mee tu....sbb itu permintaan si bujang CT.anak...anak..alahai...anugerah allah yang x ternilai.

Seronok tgk En.Somi saya bertambah begitu jua dengan acu...CT makan pun urmm..sedap...pulak makan ngn cili kicap tu ...adess leleh seyh!!!hehehhe..

KE mari..ke mari......kalo nak try buat jomla tgk bawah ni tau....layansss.

 


Bahan-bahan Untuk Mee

  • Sebungkus mee di basuh dahulu
  • Sedikit Kicap pekat/Kicap manis
Cara-cara:-

Masukkan sedikit minyak kemudian masukkan mee dan jugak kicap pekat/manis, kacau hingga larutan kicap sebati bersama mee.









Bahan-bahan Untuk Kuah
  • Sedikit lada sulah
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Tepung Jagung ( Di campur dengan air) ~ untuk memekatkan kuah
  • Semangkuk kecil ayam dihiris nipis
  • Beberapa ekor udang
  • Sedikit sayur Kailan
  • Sedikit sayur kobis
  • Sedikit karet yang di potong nipis
  • Air
  • Sedikit garam
  • 1-2 sudu Serbuk pati ayam

Cara-cara
  1. Tumiskan bawang putih sehingga garing masukkan ayam, kacau hingga empuk
  2. Masukkan lada Sulah dan air mengikut kesukaan
  3. Masukkan Sayur kailan dan juga Kobis + karet
  4. Masukkan garam dan Stock pati ayam sesedap rasa
  5. Masukkan Bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah
  6. Last sekali masukkan udang...jgn terlalu lama  nanti udang keras dan kurang enak.
Cili Kicap 
  1. Beberapa tangkai cili padi
  2. Sedikit Kicap manis
** Potong kecil cili padi dan campurkan dengan kicap manis.




Friday, January 6, 2012

CARROT CAKE



Wahhh..minggu ni mmg minggu Kek Sedunia ke Puan CT oii...hari2 dok tayang kek yer...Sebenarnyer dalam kepala otak ni macam2 nak di buatnyer..kalo ikut nafsu otak ni, terus jammed badan Cheq tau!!!!so buat mana yakin dan juga mampu...dalam celah2 CT menyiapkan order..CT gagah juga diri buat Carrot cake ni..sbb pertama..ingin mencuba, sbb kedua nafsu diri nak buat, sbb ketiga cream cheese dok tgu hari jerk...hihihi harap2 paham la yer maksud ketiga..dari bazir baik CT buat bender yang patut kan?JGN MEMBAZIR amalan siapa tu??pandai pun..jawab..A+++ CT bagi markah..ewah cam cikgu pulak....walaupun pernahla merasa jadi cikgu tuk tempoh 3 bulan.

Dah kuar kenangan lama...ASSALAMUALAIKUM CIKGU!!! rindu saat itu...masa tu CT gantikan Cikgu Siti Aminah di SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DAMANSARA 2 yang ketika itu dalam tempoh berpantang..jadi diri ini mencubala nasib finally guru besar panggil tuk jadi cikgu sementara...jadila CT oii cikgu ganti dapat jugak ko timba ilmu pengalaman ngajor anak2 kecil kan?, sebenarnyer CT ni penakut...dah penuh ke ilmu di dada nak ngajar anak2 murid ni...alahaii...tapi semua tu pengalaman...dah besar anak2 cikgu yer skang ...dulu diorang umur 7-8 tahun ....sekarang dah form 4 n 5.CT doakan mereka semua berjaya dalam diri masing2 yer...termasuk my NEPHEW..KHASNOR ISKANDAR....abang long igt lagi acik jadi cikgu abang?hehehhe I MISS SO MUCH THAT MOMENT'S!!!!!

Jom SESAPER nak try buat boleh jenguk ke bawah yer sambil2 layan pic yang x seberapa ni...al maklumla pakai camera pun HP jerk..UWAAAAAAAaaaa!!!!x perla jji ada pic yng boleh korang tgk kan?alhamdulillah syukur rezeki yang ada.





Sumber : http://hanamemories.blogspot.com/2009/07/carrot-cake.html
              FB Suhaida Mohani

 Bahan-bahan

* 3 cawan lobak merah -di parut
* 4 biji telur
* 1 1/4 cawan minyak sayur- next time nk kurangkan maybe 3/4cwn@1 cwn memadai
* 2 cawan gula- hana kurangkan sbb ltk madu dua sudu. lg sedapp!
* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan golden raisin
* 1 cawan walnut- roast & crush
* 1 sudu teh garam halus
* 2 sudu teh soda bikarbonat- hana kurangkan
* 2 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh serbuk kayu manis -

Cara-cara

1. Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
2. Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
3. Didalam bekas lain, pukul telur,minyak & gula hingga sebati.
4. Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
5. Masukkan adunan kedalam loyang 10" yg telah di gris.
6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 50-60 min pada suhu 175C atau sehingga masak.
7. Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
8. Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
9. Topping/Glaze- Pukul creamcheese bersama gula icing, syrup dan vanilla extract.

TOPPING

1) 50g mentega
2) 215 g cream cheese
3) 130 g gula icing ~ boleh kurangkan jika x nak manis sangat
4) 1 sk esen vanilla
** pukul semua hingga sebati dan sapukan di ats kek.












KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES + KEK KARAMEL DARI C.SUE



ALHAMDULILLAH...finally dapat jua serahkan kek ni kepasa Cik SueDaniel Hamid Scott dari Sri Hartamas.Sorry C.Sue failed betul jalan situ...dok pusing2 x jumper ...akhirnyer C.Sue yang dtg jumper CT..Thnks banyak sbb order ngn CT.Harap berpuas hati dengan order buat pertama kalinyer.

Thanks jua kepada Eqeeb dan jua Zairiza sbb introduce CT kepada C.Sue.Walaupun kejap jer jumpe tpi seronok..sbb C.Sue peramah orangnyer.Jom layan apa yang C.Sue Order dari CT.




Kek Kukus Velvet Hawflakes dan juga Kek Karamel yang di order dari C.Sue.






Order = 1 biji Kek Kukus Velvet Hawflakes + 1 biji Kek Karamel
Deliver = 5/1/2012 (Thursday)


Thursday, January 5, 2012

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES



Salam di petang hari Khamis...moga kalian semua dalam keadaan baik semua..Kek Hawflakes ni CT buat malam tadi untuk order dari seorang teman di FB.Mai la jengah2 ke bawah kalo sesiapa mahu mencuba.Thnks kepada c.liza a.k.a Norliza Rahim dengan info di beri....begitu dgn kak ieda hijau(FB).


 

Sumber: MY RESEPI

Bahan-bahan ( loyang 10x7) 

  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
  • secukup hawflakes ( gunakan yg sebesar syiling 50 sen + kecil2)

Cara-cara

** CT pukul dahulu telor hingga kembang,masukkan gula,pukul hingga kembang lagi,masukkan ovallate n pukul, kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu...last masukkan esen vanilla.
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
  6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.







Wednesday, January 4, 2012

OPOR AYAM


Hati ku terpanggil2 tuk mencuba resepi dari MEM BESAR/DEBAB ni...waaaaaaaaaaa....mlm tadi CT dah mencuba membuatnyer...sedap...asem2 gitu..lemak2 gitu..tgk kepulangan en.Somi tuk menjamu santapan malam pun berkobar2..." Masak ape malam ni...resepi baru ker?"...hehhehehe " Makanla dulu....hurm..bertambah abang malam ni yer,Sedap??"...jawabnyer Sedap.

Terima Kasih banyak Kak...kongsi resepi ni...CT mintak izin tuk di kongsi bersama2 teman lain yer di sini..moga di murahkan rezeki dah di berikan kesihatan yang baik kepada mu kak...amin



Dalam celah2 menyediakan 2 biji kek karamel malam tadi dan juga CINNAMON PULL APART BREAD..sempat la CT sediakan juadah makan malam..orang perempuan mmg x [ernah habis dengan kerje..KERJE>>KERJE>> huhuhu..itu semua pahala.amin.

Sesiapa yang x tahu bay leaf tu boleh tgk kat bawah ni yer ...contoh nyer...bolehla buat rujukan kalo nk membelinyer nanti yer.




OPOR AYAM
Sumber : Mem Besar

Bahan A :
  • 1 ekor ayam kampung (cuci & potong & ramas2 dgn limau kasturi lalu didiamkan 1/2 jam) - sy gn ayam bandar je
  • 3 helai daun limau
  • 2 helai daun salam
  • 2 keping asam keping
Ayam di rebus hingga empuk berserta bahan2 di atas tadi.

Bahan-bahan ( Di mesin) 
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 2 biji bawang putih
  • 3-4 biji lada hidup
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci Halia
  • 1 inci lengkuas diketuk saja (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu teh ketumbar dan sedikit jintan kasar & halus
  • 3 biji buah keras
  • minyak utk menumis
  • Bahan Perasa jgn lupa letak ye

  1. Tumis kesemua bahan A di tempat lain kemudian tuang ke dlm rebusan ayam tadi.
  2. Akhir sekali masukkan santan secukupnya.
  3. Taburkan bawang goring sewaktu dihidang.







Cara2 :

CINNAMON PULL APART BREAD




Salam petang semua....lewat plak CT bersiaran harini..hehhehe Beruk meragam..dah banyak hari tgk blog kak dayang buat roti ni...terpanggil2 nak buat...ada juga ternampak dekat blog kak nor...mlm tadi buatla....tapi x la sehebat rupa roti kak dayang dengan kak nor....saya budak baru belajar...tpii rasa die mmg urm....SEDAP.Thnks kakak2 ku sayang...mai2 tgk resepi kat bawah yer kalo nk try buat.

Kak Dayang CT tumpang copy paste yer resepi di sini yerk...memudah kan CT tuk buat rujukan di lain waktu..insyallah.Credit to owner resepi ni jua..






CINNAMON PULL APART BREAD

source : ShidahK.Nor, Izah, Noorsha & DayangJack

For the Dough (in BM)
  • 2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
  • 1/4 cup gula kasar
  • 2 1/4 sudu kecik yeast
  • 1/2 sudu kecik garam
  • 4 tbs butter
  • 1/3 cup susu penuh krim
  • 1/4 cup air
  • 2 biji telur (size A)
  • 1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
  • 1 cup gula kasar ~ k.nor letak 1/2 cawan gula castor (boleh gak gantikan dgn gula perang) - DJ guna gula perang
  • 2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer - DJ letak 1/2 sudu kecil
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok
  • 4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown
Cara:
  1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan.
  2. Pukul telur, ketepikan.
  3. Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
  4. Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)
  1. Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk. 
  2. *utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah
  3. Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.
  4. Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.
  5. Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.

* Kaedah K.Nor bila guna BM:
Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam)
On kan BM dan biarkan ia menguli spt biasa






Tuesday, January 3, 2012

TEMPAHAN APAM , KEK KARAMEL FRESH FRUIT + KEK KARAMEL


Alhamdulillah..tempahan di hujung minggu ...tempahan penutup di tahun 2011.Terima kasih kepada senior CT semasa di sekolah menengah dulu...walaupun beliau yang order, ucapan terima kasih sangat CT ucapkan..terima kasih juga kepada abang beliau yang sudi ambik order di opis CT.

Tempahan apam dot2 dari Kak Razailiana Bt Ramli..







Order = 70pcs Apam dot2
Filling = Pelbagai
Deliver = 31/12/2011(Saturday)



Tempahan Kek Karamel special...FRESH FRUIT!!!!!!thnks my junior di sekolah menengah dan juga 1 kampung dengan CT..SAFAR thnks yer order ngn akak..dpt jumper jap jerk kan..walauapapun sgt BERTERIMA KASIH.Katanyer nak celebrate NEW YEAR 2012 mlm tu dekat Morib...berBBQ bersama2 teman beliau...HOPE U olss puas hati n menikmati keenakkan KEK KARAMEL ni yer..




Order = KEK KARAMEL FRESH FRUIT
Deliver = 31/12/2011 (Saturday)



Tempahan dari kawan fb CT..thnk kak Razlinawati..sbb order ngn CT..sorry kak ritu nak nak kuar g ikut husband g keje..HAPPY NEW YEAR kak.



Order = Kek Karamel
Deliver = 31/12/2011(Saturday)

TEMPAHAN CHOC. MOIST





Order = Choc Moist
Deliver = 1/1/2012 (Sunday)

KEK KARAMEL ZAI


Salam semua...ni tempahan pada hari ahad lepas..1/1/2012..wah TAHUN BARULA....happy new year zai...terima kasih order ngn CT yer.. n jgn serik tuk order lagi...isi dlm x leh nk tunjuk sbb orang punyer ni...apa2 pun sorry sampau sesat2 x jumper umah zai...last2 jumpa kt care4 jerk..thnks so much dear.


Order = Kek karamel
** Deliver = 1/1/2012 ( Sunday)

SATAY LILIT AYAM


SALAM TAHUN BARU 2012.....wah semangat baru dgn penuh keazaman yer...eh!!!nanti CT Masukkan N3 bunga-bungaan api yer....seronok tgk bunga api betul2 berwarna-warni di atas kepala....sbbnyer CT,
G-hin dan juga husband...betul2 dok dekat dengan bunga api mlm tahun baru...seronok tgk kilauan bunga api..sambil tgk orang ramai bersorak di bawah...WOoooo!!!!!!!!!!!Wwwwwoooo!!! Suka2 jugak tpi kenela beringat yerk...batas2 yang perlu kita pegang.

Okey meh Kiter borak2 pasal satay lilit ayam ni....haritu CT jejalan kt umah KAK WAN...blog Citarasawan...sekali terpandang menu ni..alahai memikat hati...tu yang peram resepi...mlm tadi barula kesempatan nak buat...HURM...THUMB's UP !!!Licin di kejekan oleh CT dan husband....Husband kata sedap...CT x masukkan Cili ..sb igtkan g-hin nak layan satay ni..tapi hurm..bender lain yang de kejekan...so CT cicahla satay ni dgn SOS THAI..sapa2 teringin n terpukau nak mencuba maila tgk kat bawah yer resepinyer....SEDAPPP!!!!



Sumber: Blog Citarasawan(Kak Wan)
Bahan-bahan

200 gram isi ayam
100 gram isi udang
2 tangkai kucai, dipotong 1/2 cm
1 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir
2 sudu besar minyak untuk menumis
11 batang serai untuk tusukan





 Bahan Kisar / tumbuk halus
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 cm kunyit, di bakar dahulu
1 biji buah keras, disangai
1/4 sudu teh teh ketumbar
1/2 sudu teh belacan, di bakar dahulu




Cara-cara :

1. Kisar isi ayam dan udang bersama santan pekat dengan food processor hingga lumat.  Ketepikan.
2. Bahan-bahan kisar di tumbuk halus kemudian tumis hingga naik bau.  Angkat dan biarkan sejuk.
3. Masukkan kisaran ayam, daun kucai, garam dan gula.  Gaul hingga rata dengan bahan-bahan kisar tadi.
4. Ambil sedikit aduan. Tempekkan di batang serai.
5. Bakar dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak hingga masak.

NOTE:-
  • CT Pun ikut cara kak wan bakar dalam oven dengan melapik aluminium foil pada suhu 180C' selama 20 minit.
  • Balut batang serai dengan aluminium foil untuk mengelakkan daripada batang hangus.






Friday, December 30, 2011

URAP KACANG BOTOL DAN TAUGEE



URAP ni permintaan adik CT..acu, diela teringin nak makan....so CT pun buatla tuk die...dalam resepi ni CT x masukkan belacan sbb adik CT x leh makan belacan alergik....kalo x alamat garula hidung tu x berhenti...cara nak buat die mudah...kalo rasa baru lepas balik keje tu penat bolehla try buat urap.Jom kiter terjah ke bawah ni....

URAP KACANG BOTOL + TAUGEE

Bahan-bahan:-
  • 5-6 batang kacang botol di potong kecil
  • Tauge dalam rm0.30 ~ di celur seketika
  • Kelapa parut
  • 4-5 biji cili padi **
  • 1 ulas bawang merah **
  • 1-2 biji limau kasturi ~ ambil perahan
  • Sedikit garam + gula




Cara-cara:-

Bahan-bahan yang bertanda ** di tumbuk kemudian gaulkan bersama kelapa parut , campur kan semua bahan2 dan gaul hingga rata.Imbangi rasa masam,masin dan juga manis yer.