Salam di petang hari Khamis...moga kalian semua dalam keadaan baik semua..Kek Hawflakes ni CT buat malam tadi untuk order dari seorang teman di FB.Mai la jengah2 ke bawah kalo sesiapa mahu mencuba.Thnks kepada c.liza a.k.a Norliza Rahim dengan info di beri....begitu dgn kak ieda hijau(FB).
Sumber: MY RESEPI
Bahan-bahan ( loyang 10x7)
- 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
- 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
- 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
- 1 sk rata baking powder*
- 1 sb ovalette
- 150 ml susu cair
- 1/2 sk garam
- 100 ml minyak jagung/masak
- 1 sk esen vanilla
- pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
- secukup hawflakes ( gunakan yg sebesar syiling 50 sen + kecil2)
Cara-cara
** CT pukul dahulu telor hingga kembang,masukkan gula,pukul hingga kembang lagi,masukkan ovallate n pukul, kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu...last masukkan esen vanilla.
- Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
- Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
- Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
- Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
- ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
- Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
No comments:
Post a Comment