Saturday, December 24, 2011

ORDER DARI MELL


Salam di Hari SABTU...rata2 ramai yang menuju pulang ke kampung,kenduri kawin......begitu jua dengan CT sekejap lagi mahu ke kenduri kawin adik opismate CT.Thnks kepada kawan lama CT sewaktu kami sama2 belajar di Johor dulu..MELL petang ni kiter jumper ok...tpi CT dah paparkan dulu apa yang MELL order dengan CT.

Malam tadi CT ada buat kek karamel tuk MELL tpi kek tu x berapa cantik di sebabkan kecuaian CT ...kenapa???alamak TERTIDOLA...terlupa nak balikkan kek tu huhuhu alamat jawab sendirila....so CT nekad tuk buat kali ke2...mestila kiter nak jual mestila yang elok2 kan...kalo x elok tu mmg x akan puas hati di benak hati CT isau jerk....bukan apa kalo kiter beli apa2 pun mesti nak elok kan...

okey JOM kiter jalan2 kat bawah yer...layanzzzzzzzz!!!!!!!

CREAM PUFF INTI GANACHE

CREAM PUFF INTI KASTARD


1/2 KG KEK KARAMEL



a) Cream Puff Kastard + Ganache = 35pcs
b) Kek Karamel = 1/2 kg
** Delivery on = 24/12/2011 (Saturday)

ORDER FROM MY BFF

Hari ni dok update TEMPAHAN jela yer....Terima kasih buat Zura + Ct Mas, sbb u olss order bende yang sama...KEK KARAMEL Special..masing2 nak bawa pulang ke kampung halaman.Moga Kalian selamat sampai dan selamat kembali.Jgn lupa Kirim sala kt orang kampung yer.

Maaf Ct Mas x dapat nak jumper kamu...n terima kasih juga sbb sudi ambik kt area IKEA berdekatan ngn tpt keje en Somi saya...kamu pun dah nak balik kg yer..apa2 pun terima kasih dari najjah's bite

Jom Layan Pic kek karamel yang di order Puan Ct Mas............





CIK Zura...Thanks dear...order ngn i .....x pernah jemu dok order...also tu mama qayyum..jgn serik order ngn Najjah's bite lagi tau...Maaf sbb dpt bagi minum ayaq teh 'o Bujang ja ...huhuhu..sian kat hangpa...aku pun  x masak Gas abis la plak..elok2 plak tu..adess dugaan tu n rahmat.Balik kg hati2 nah...:))

Jom Kita layan pic kek karamel special yang di order Cik Zura teman seperjuangan since dari zaman kanak2 Ribena lagi...WEeeiii ang igt dak..Best kan kalo kiter igt2 balik p sekolah,balik sekolah...main depan umah fizah...adoiii sedih plak bile igt zaman2 dulu.






Delivery on = 23/12/2011 (Friday)

APAM DOT & CHEESE TART

Alhadulilllah...rezeki walau x banyak tpi ada dari Allah s.w.t., Ini tempahan di pagi Jumaat 23/12/2011..seawal pukul 3.30 pagi CT bangun tuk siapkan tempahan apam dot2 dan juga mini cheese tart untuk jiran CT.Kene buat awal sbb jiran CT kene pergi keje seawal pagi .Pukul 5.30pgi semua order siap di hantar.Itu pun gopoh gapah ugak sbb mase nak siapkan jiran dah nak pegi keje kan...CAIYOKKKK!!!!!!!!!!

Kepada sesiapa yang nak mencuba hasil air tangan saya bolehla order yer..jgn segan2.Okey jo layan2 dulu pic yang jiran CT order semalam yer.




Mini Cheese Tart............yang ni 50pcs jiran Ct order filling Blueberry...



a) Apam dot2 Pelbagai Inti = 200pcs
b) Mini Cheese Tart Bluberry = 50pcs
** Delivery on = 23/12/2011

Friday, December 23, 2011

PEACH KEK

Salam Petang semua...hari ni barula dapt masukkan N3 kek ni yang Ct buat hujung mggu hari tu...ni dah nak masuk mggu lain dah...x perla jji ada N3 setiap hari kan?Terima kasih pada kawan baik di alam maya CT puan Suhaida Mohani...dah lama CT beli bahan2 stock nak buat kek Peach ni...tpi ada jek perkara yang membolehkan CT x terbuat kek ni..Masa ni MIL CT datang ke rumah. Tekstur kek nyer mmg lembut...tpi kalo pandang rupa mmg le lautla hahahhaa.....mood tgh kurang sikit sbb kesihatan badan kurang memuaskan.

So malas nak berceloteh panjang.....maila tgk resepi kt bawah ni yerk...TARAAAAAAAAA........



Sumber: FB Suhaida mohani
Bahan-bahan

250 gram tepung sponge mix
3 biji telur ayam
125 ml air
125 ml minyak

Cara
1. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 175'C.
2. Masukkan semua bahan kcuali minyak dlam mangkuk cake mixer dan pukul pada kelajuan tinggi selama 8 minit.
3. Masukkan minyak dan puluk lagi 2 minit
4. Masukkan adunan dalam loyang yg telah dilapikkan.
5. Bakar selama 25 - 30 minit.
6. Bila telah masak.

Bahan Topping
1 tin buah peach
250 ml fresh cream separa sejuk [ RICH or Topping Ace]
ceri merah

Cara
1. Masukkan fresh cream dlam mangkuk cake mixr dan pukul sehingga gebu. [bila diterbalikkan mangkuk adunan tidak jatuh]
2. Letakkan kek diatas cake turn-table supaya memudah pekerjaan menyapu cream.
3. Kek di belah 2 dan basahkan lapisan bawah kek dengan sedikit jus buah peach dlam tin.
4. Sapukan cream dengan berhati. Taburkan buah peach yg telah dicincang kecil disekeliling permukaan kek
5. Tutup semula lapisan atas kek tadi dan basahkan lagi dengan sedikit jus peach.
6. Sapukan cream diatas permukaan kek dan keliling kek.
7. Hiaskan buah peach mengikut kreatibiti sendiri



Thursday, December 22, 2011

AYAM SOS SIAM

Assalamualaikum semua.....Awalnyer rasa CT bersiaran hehhehe...maklumla bos x masuk lagi tu yang awal CT dok ngomel2 ni.Apa plan nk masak tengahari nanti????Jgn Dok garu 2 kepala...kalo x der idea..meh cuba lagi resepi dari Blog Kak Ita...haiiiiiiiii mmg Ct x jemu2 tgk blog Kak Ita tau..boleh dikatakan setiap hari CT akan jenguk Tuk..tuk...tuk..Assalamualaikum nk masuk umah kak ita ni..nak jengah nengok resepi...hehhehe eh terpandang plak resepi AYAM SOS SIAM ni....Ammmpunnn kak ita sbb CT ada derhaka..x pakai cili thai tu sbb takut pedas..sbnyer husband ni x tahan pedas..maka CT pun pakai jerla cili kering tu ha...tpi rasa ttp SEDAP!!!!




CT masak ayam sos siam ni ketika MIL n ipar duai dtg umah tempoh hari....masa dok gode2 kat dapor...my BIL ...siap cakap...SEDAPPPnyer bau...masa tu dok tgh letak daun limau purut dengan kunyit....mmg harum dan wangi baunyer tau...." Aii dik makan belum lagi dah sedap?" hehhehe...tgk diorang makan sejuk mata memandang sbb hasil air tangan kite kan...SEKALUNG PENGHARGAAN buat
Blog MASAM MANIS.


AYAM SOS SIAM
Sumber: MASAM MANIS
Bahan-bahan:-

1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian ~ ita guna dada ayam
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Bahan kisar
15 tangkai cili padi thai (CT pakai Cili kering)
4 ulas bawang putih
~ ita tambah daun limau perut dan daun kunyit dan ita kisar sekali

1 labu bawang besar ~ dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
2 - 3 helai daun limau perut ~ ita tambah
1 batang serai ~ dititik ita tambah
sedikit gula
1 kiub ayam ~ ita tambah
1 biji buah tomato ~ (Ct Tambah)
minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Bersihkan ayam dan toskan.
Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Perap 20 minit.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak.
Angkat dan toskan.

Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata.
Masukkan buah tomato.
Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar.
Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih


Seronok tgk ayam masak sos siam ni tgl 2 ketul jerk..lepas ni bolehla CT buat lagi..en.Somi pun kata sedap tau...x sia2 Follow blog kakak sayang ..KAK ITA.

Wednesday, December 21, 2011

CIS TART DAN APAM DOT-DOT

ALHAMDULILLAH....tempahan lagi..syukur pada allah.Ini tempahan semalam yang CT sempat buat..mula mood nak membuat tu mmg dh lari...sbb badan x berapa sihat hari tu...jadi kenela ambik  mood balik...TU DIA.....pukul 3.30 pgi CT bangun tuk siapkan kulit tart nasib baik x banyak..lepas siapkan kulit tart cepat2 CT siapkan apam dot2 pulak..Hati ini risau sempat ke aku ni nak masuk keje plak ..x kan nak cuti..hurm malasla nak apply cuti...

Tepat jam 8.00 pagi semua dah beres...siap mandi kan g-hin sebelum die ke nursery..hantar order dekat umh customer..last terus pegi keje..Okey jom layan pic2 kt bawah tempahan mini cis tat blueberry  dah juga 3 perasa apam polkadot.

Kepada mereka yan berminat Boleh contact Ct yerk tuk ordering..









Yang kaler BLUEeeeee cantik kiter suka....


a) Mini Cis Tart Bluebery : 50pcs
b) Apam dot-dot pelbagai filling: 250pcs
 ** Delievery on: 20/12/2011 (Tuesday)

IKERAPU GORENG BERSOS PLUM

SALAM di tengahari pada anda semua, dah makan??dah waktu lunch ni...jom kiter makan.Perut CT pun dah berkeroncong ni..alahai perut..sabar yerk...jap lagi kiter makan.Hari ni jom kiter jamu dgn KERAPU GORENG BERSOS PLUM..rasanyer nyer boleh tahan..SEDAP.Ada rasa masam...manis..gitu.

Sebelum ni CT pernah masak IKAN SIAKAP SOS PLUM boleh rujuk SINI...tpi resepi nyer agak berlainan sedikit..boleh sesiapa yang ingin mencuba..jika sudah kekeringan idea tuk memasak..Kadang-kadang CT pun sama...dok fikir apalah yang nak di masakkan sampai x tahu nk masak apa..Bile stock sos plum dah ada kt umah tu yang tryla masak sos plum ni.

Okey jom kiter tgk resepi Ikan kerapu goreng bersos plum ni...............



IKAN KERAPU SOS PLUM

Bahan-bahan:-

a) 1 ekor ikan kerapu - di lumur bersama sedikit garam dan di goreng
b) 1 ulas bawang besar - di potong dadu
c) 1 ulas bawang putih - di potong dadu
d) 1/2 sudu kecil cili kisar
e) 3 -4 sudu besar Sos Plum
f) Sedikit air
g) Sedikit garam dan gula
h) Sedikit carrot - di potong dadu
i) Sedikit Cili benggala - di potong dadu
j) Sedikit hirisan daun sup




Cara-cara:-

a) Tumiskan dahulu bawang merah dan juga bawang putih hingga kekuningan.
b) Kemudian masukkan cili kisar.Tunggu hingga cili agak masak
c) Masukkan Sos plum.
d) Masukkan sedikit air..kacau sos plum hingga sebati
e) Masukkan garam dan gula ~ ikut selera masing2 yer banyak mana nak letak
f) Masukkan carrot, cili benggala dan juga daun sup
g) Tutup api ..dan boleh la di curahkan di atas ikan kerapu yang telah di goreng tadi.
h) Hias mengikut selera anda.


RESEPI ABOK-ABOK

 Salam Pagi ....dah breakfast?kalo belum..cepat2 ambik tau..paling kurang pun sekeping biskut n air milo...x milo horlicks pun okey. x per jji jgn gastrik yer...kalo x susah nanti..jom jengah kt dapur kecik CT apa yang CT dah buat dgn sago2 ni..jenuh jugak nak kelepek2 daun pisang....daun pisang ni CT ambik kt belakang umah jerk...seronok plak ada pokok pisang tau...time nak guna bukak jerk pintu dapur...ha tu pun tgh dok berbuah pokok pisang tu...nanti kalo dah masak CT tunjukkan gambar pisang tu...besarrrrrrr tau pisang tu.Mmg x habis makan seminggu kecuali pagi,petang siang malam dok mengadap makan pisang setiap masa..hehehe....


1....2....3...tarrrraaa!!!!!!!!!!ini pun terkial2 nak lipat...hehehhehe...x perla asal ade bentuk yer kengkawan..


by: Bro Rozan
Sumber: MASAM MANIS
Bahan-bahan:-
  • 250gm sago
  • 220gm kelapa parut putih
  • 180gm gula melaka - di potong kecil~ CT tukar gula merah sbb itu je ade stock kt umah
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa helai daun pisang - ukuran 16x28cm
Cara-cara:-
  • Sagu biji dicuci dan ditoskan. 
  • Kelapa parut dan garam digaul rata. 
  • Masukkan sagu biji dan gaul lagi hingga semuanya rata. 
  • Bentukkan sehelai daun pisang seperti kon dan isikan satu sudu makan adunan sagu. Tekan perlahan dan letakkan di atasnya sedikit gula melaka. Kemudian timbus dgn dua sudu makan adunan sagu. Tutup kon dgn melipat kemas daun pisang. Semat dengan lidi supaya teguh dan mampat. Ulang sehingga adunannya habis. 
  • Kukus hingga masak. Mas kukus selama 1/2 jam.





Tuesday, December 20, 2011

NASI GORENG USA

Assalamualaikum semua....harap2 hari ni semua bertambah baik dan sihat yerk...begitu jua keadaan diri CT,dh bertambah sihat dri virus SELSEMA..tpi hidung tu dok soh..seh..soh seh lagila....tapi kian bertambah baik alhamdulillah....apa menu kawan2 hari ni...agak2 x der idea..apa kata cuba resepi NASI GORENG USA ni..sedap..CT ambik Resepi ni dari blog RAIDAH..sbb dah x tahu nk masak apa kan..so tu yang hati terdetik nak makan nasi goreng usa la plak..selalu order dekat kedai makan jer kan..apa kata kali ni kiter masak dekat rumah plak..

JOM!!JOM!! kiter skodeng resepi dekat bawah ni...pasti bertambah2 tau..seperti en.Somi saya bertambah jugak die 2 kali..itula air tangan seorang isteri kan?Kalah kedai masak...hehehhehe x derla CT gurau jek...CT masak pun bukanla sedap mana...("Abang ambil hati jer ke dok tambah nasi tu?"), agaknyerla tu...apa la CT dok pot pet..pot pet kan..mai kiter scroll kt bawah tgk apa resepinyer.


Sumber : RAIDAH
Bahan nasi:
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 batang lobak merah ~ dipotong dadu (blh guna mix veg)
  • 1 biji telor ~ CT tambah
  • Hirisan daun sup ~ CT tambah
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak.
Cara penyediaan nasi:
  • Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
  •  Masukkan sos tiram dan lobak merah(mix veg), gaul rata.
  •  Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.



Daging masak merah:
  • 300gm daging ~ dihiris (CT rebus dahulu isi daging dgn pewarna merah)
  • 2 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1/2 biji capsicum ~ dihiris (CT x letak )
  • 1 biji tomato ~ dipotong 6 (CT x letak)
  • 1 sudu cili kisar
  • 2 sudu cili sos
  • Sedikit kicap manis ~CT tambah
  • Beberapa cili padi (Di ketuk)~ CT tambah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak.
Cara penyediaan daging:
  • Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
  • Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
  •  Masukkan cili sos, capsicum dan bawang besar, gaul rata.
  •  Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya. 
  • Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun.
** Goreng telor mata yo!!!!!!!semua tahu kan nak goreng telor mata tu kan?kan??hehehhe....so D.I.Y. ok.

Monday, December 19, 2011

IKAN KERAPU BEREMPAH WOKU

IKAN KERAPU BAKAR BEREMPAH WOKU

Sumber: http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2010/05/siakap-bakar-berempah-woku.html

Bahan:-
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar (CT guna kerapu)
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis (CT guna air perahan lemon)
  • 1 sudu teh garam
# Lumur ikan kerapu dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*CT pun xda stok ni)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air


  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar:-
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap:-
  • Daun senduduk secukupnya (CT x d stock n mmg lupa beli)
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih (Yng ini pun x der huhuhu)
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris

PISANG GORENG CRISPY

Salam di tengahari semua.....apa menu petang ni yerk??ni CT nak sharekan resepi batter tuk menggoreng pisang yang CT skodeng dri Blog kak ita Masam Manis, kebetulan ada pisang nangka yang abah dengan mak CT bawa haritu dari kampung..agaknyer mmg pisang kt umh di kampung tu sentiasa berjasa pada tuannyer (abah), mana taknyer kalo datang umah CT pasti ada habuan die bawak untuk anak cucunyer di sini..TERIMA KASIH ABAH + EMAK..

Pisang ni masa abah dengan mak bawak mmg muda lagi ...boleh buat kerepek ..Tapi CT ni M jer dah besar mmg x leh layanla...sampaila pisang tu dah agak masak..dok terpk2 apala nak di buat ngn pisang ni...last2 skodeng blog kak ita..jumper resepi batter tu pisang ni..apa lagi terus ke dapor lepas balik keje menggorengnyer...dlm celah badan x sihat..akibat selsema.Kalo selsema mmg die tangkap muat sampaila ke mata..pas tu pening...adoii...

Okey jom kiter layan pisang goreng crispy ni yer...Kak ita adik tumpang copy n paste yerk..resepi ni...TERIMA KASIH Kak Ita.


PISANG GORENG CRISPY
Sumber: Masam Manis

Pisang yang sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan2 batter
400 ml air 
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam

Cara-cara:-
Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas.  Kisar sehingga batter sebati, rata & halus.  Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter.  Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos.




Thursday, December 15, 2011

SAMBAL SOTONG


Salam sayang dri CT....maaf 2-3 hari keadaan diri amatla x berapa nak baik..x demam tpi running nose yng amat ketat..haiiii nk bernafas pun bukan main seksa...dok seh!!!!!!!!!!seh!!!!!!!! habis tisu kt opis ct kejekan..maaf ye bos..sib baik i x MC..i habiskan tisu bos jer..hihii..tambahan pulak internet mak aiii usah kata boleh sampai ke PAHANG siap boleh masak gamaknyer...nk upload pic ya ALLAH berzaman menunggunyer..al maklumla pakai Broadband ajer..nak bagtau ker line apa...issk2..nanti kene GAM plak Blog CT ni... hehehhe

Kalo CT MC mmg la dok umah..tpi kalo x duduk umah mmgla x gheti dok diam...baik CT pegi keje...sbb kt tpt keje x sapa nk kacau ye x?Ok meh kiter makan malam ngn lauk sotong ni yer...sedapnyer la kan...makan time hot2..kalo x time hot pun sedap jugak jji kiter layan pedas betul x?

Jomla kiter jengah dulu ke dapor CT ni tgk apa bahan yang di gunakan..kalo d sesiapa berkenan bolehla salin resepi kat bawah ni yer.Dah masak jgn lupa CT tau...sebut nama CT ..kalo CT tersedak tu makna kata ade org igt CTla tu yer?nop2....nop2...bukan mngatakan??sebut jerkan nama CT...x dela CT gurau jer..jgn ambik hati yer.



Bahan- bahan :
  • Beberapa ekor Sotong Segar
  • 1 ulas bawang putih di mayang
  • 2 biji bawang merah di mayang
  • 1 biji bawang besar - dihiris bulat2
  • cili kisar - ikut pedas
  • 2-3 sudu Cili sos
  • garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air..kalo tgk air sotong tu dh banyak x payahla bubuh air yerk..
  • Cili Benggala kuning + merah dan Daun sup sebagai hiasan
  • Note: Cili Benggala tu CT goreng dgn minyak dulu untuk die nampak kelihatan berkilat bile kiter hidangkan...npk lebih menarik
Cara-cara:-
  • Mula2 tumiskan bawang merah dan putih
  • Tgu Bawang agak kekuningan..masukkan cili kisar
  • Kacau hingga cili kisar agak garing...masukkan cili sos
  • Kemudian masukkan sotong
  • Masukkan garam dan juga gula
  • Masukkan sedikit air..tgu hingga kuah pekat
  • Boleh tutup api...tapi rasa dulu ,,takut kurang plak bahan perasa
  • Hidangkan ikut selera anda..


IKAN BILIS GORENG KICAP


IKAN BILIS GORENG KICAP
Bahan-bahan:-
a)      Segenggam Ikan Bilis ( Di goreng garing dahulu)
b)      1 biji bawang besar di potong bulat
c)       5-6 ulas bawang putih di mayang nipis( CT mmg suka letak banyak sedap)
d)      3-4 biji cili padi di potong kecil (Bagi mereka yang suka pedas)
         ~kalau x suka pedas x yah letak ye
e)      Kicap manis
f)       Daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:-
a)      Panaskan minyak untuk menumis
b)      Masukkan bawang merah kemudian masukkan bawang putih
c)      Agak garing masukkan cili padi
d)      Kemudian masukkan kicap
e)      Kacau hingga sebati…dan masukkan ikan bilis yang telah di goreng.
f)       Bolehla di hiding..makan panas2 mmg kruck krack kruck…..bunyi ikan bilis yang garing tu…