Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )
- 3 biji telur
- 275 gm tepung gandum*
- 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
- 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
- 1 sudu teh ovallete
- Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
- Pewarna & Esen Vanilla
- 220 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)
Cara-cara
- Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih)
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Picitkan blueberry filling secukupnya
- Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
- Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
- Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
2 comments:
Assalamualaikum Ct,
comelnya apam CT.
menari,tertarik & bam bam bum.
terima kasih kak....ct pun seronok tgk biler buat apam ni naik gebu gitu...montkss kan..
Post a Comment